Dalam perkhemahan, adanya istilah gajet. Adakah istilah itu boleh digunakan atau ada padanan dalam bahasa Melayu? Istilah itu digunakan dalam silibus pengakap dsb. serta ada dalam DSKP PJK Tahun 5. Terima kasih. | Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. | Istilah | 05.08.2016 |
Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betul? 1) Saya pasti awak tidak akan menyesal untuk menyertai perkhemahan ini. 2) Saya pasti awak tidak akan menyesal menyertai perkhemahan ini. Adakah kata hubung ‘untuk’ diperlukan di dalam ayat? | Ayat yang betul ialah Saya pasti awak tidak akan menyesal menyertai perkhemahan ini. Kata hubung untuk tidak perlu dimasukkan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.04.2021 |
Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan ke / di Hutan Liput Templer. | Ayat yang betul ialah Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Templer. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Adakah ayat berikut betul? Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. | Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.05.2015 |
1.Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu dibersihkan oleh kami atau kami bersihkan? 2 Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak dari kecil lagi atau sejak kecil lagi? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu kami bersihkan.
- Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka sahabat karib sejak kecil lagi.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 491 – 492. | Tatabahasa | 09.06.2024 |
Adakah penggunaan "menemukan noktohnya" betul ? Perkhemahan ini menemukan noktahnya. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “menemukan” bermaksud menjumpai atau berjumpa dengan sesuatu atau seseorang. Ayat yang diberikan kurang jelas. Sila kemukakan ayat yang lengkap untuk penelitian dan semakan kami | Tatabahasa | 03.12.2024 |
mukhayyam dari bahasa arab bermaksud perkhemahan dan dalam BM yang betul adalah?selain itu ihtifal bermaksud merayakan kecemerlangan tetapi dalam BM adakah wujud? | Tidak ada maklumat tentang kata mukhayyam dalam pangkalan data kami. Ihtifal bermaksud perayaan dan kata ini terakam dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanpun untuk penggunaan biasa kami cadangkan kata perayaan digunakan kerana kata ini difahami maksudnya oleh masyarakat Malaysia. | Istilah | 12.07.2011 |
Dalam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
Salam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575. | Tatabahasa | 24.07.2024 |
Adakah perkataan gejek sesuai digunakan untuk menggambarkan alatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi menggantikan peralatan dan perabot yang terdapat di rumah? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih sesuai? | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "gejek" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. | Istilah | 15.02.2017 |