| perlaksanaan atau pelaksanaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), perlaksanaan dan pelaksanaan mempunyai makna yang berbeza. Perlaksanaan ditakrifkan seperti yang berikut: 1. hal terlaksananya tugas, misi, peraturan dan sebagainya. Contoh: Semua ini mempunyai kaitan dengan kesungguhan dan iltizam dalam perlaksanaan dasar bahasa itu sendiri. 2. hasil melaksanakan sesuatu. Contoh: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ditakrifkan sebagai hal, proses atau perbuatan melaksanakan tugas, misi, peraturan dan sebagainya. Contoh: Komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan sistem perbankan Islam patut dipuji. | Makna | 22.01.2026 |
| perlaksanaan | Tidak ada soalan yang dikemukakan. Jika makna yang tuan perlukan, perlakanaan bermaksud hasil melaksanakan, namun perkataan yang lebih kerap digunakan ialah pelaksanaan yang bemaksud perihal melaksanakan. | Lain-lain | 19.06.2013 |
| Penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan. Apa bezanya? | Perkataan perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Perkataan pelaksanaan bermaksud proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Terima kasih. | Makna | 06.06.2017 |
| Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan.. Yang manakah yang paling tepat | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.
| Istilah | 13.05.2015 |
| Assalamualaikum... Saya ada satu lagi soalan... Berkenaan dengan penggunaan perkataan PELAKSANAAN dan PERLAKSANAAN... Mana satu yang digunapakai kini...?? | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
| Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu laksana. Mana satu yang betul: perlaksanaan atau pelaksanaan. Mohon pencerahan. | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. | Tatabahasa | 26.09.2017 |
| Apakah beza penggunaan Perlaksanaan dan Pelaksanaan? Apakah ejaan sebenar? | Kedua-dua perkataan tersebut betul ejaannya tetapi mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks ayat. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), perlaksanaan merujuk hal terlaksananya tugas, misi, peraturan dan sebagainya; hasil melaksanakan sesuatu. Ayat contoh: Kejayaan perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 disokong oleh ekonomi yang kukuh. Makna pelaksanaan pula merujuk hal, proses atau perbuatan melaksanakan tugas, misi, peraturan dan sebagainya. Ayat contoh: Komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan sistem perbankan Islam patut dipuji. Terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, Fauziah binti Hassan | Makna | 13.08.2025 |
| perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih. | 1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. 2. Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat; Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog; Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya; | Tatabahasa | 26.09.2013 |
| ejaan terkini utk: 1. perlaksanaan 2. trampil 3. fasalitas | 1. Perlaksanaan = pelaksanaan 2. Trampil = terampil 3. Fasalitas = Kemudahan | Ejaan | 24.07.2013 |
| Apakah perbezaan antara 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' dan bagaimanakah kaedah penggunaannya? Terima kasih. | Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya). Contoh penggunaan: (1) Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. (2) Dengan perlaksanaan skim caruman itu, maka dapatlah orang kampung melabur.
| Makna | 26.04.2017 |