Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lang.ga.ran] | ڤرلڠݢرن

Definisi : perihal (kejadian dsb) ber­langgar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lang.ga.ran] | ڤرلڠݢرن

Definisi : perihal berlanggar (bkn kenderaan, orang dsb): Dlm ~ itu, kedua-dua kenderaan yg terlibat telah musnah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlanggaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran" title="perlanggaran">perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009
    apakah perbedaan ayat 'pelanggaran' & 'perlanggaran' dan seumpamanya...terima kasihPerlanggaran bermaksud perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; Manakala pelanggaran ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada konteks dan situasi ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Lain-lain11.10.2010
    A,kum, saya nak tanya perkataan 'perlanggaran ' dgn pelanggaran ada beza? Boleh tuan berikan contoh.r.kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perlanggaran ialah perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang. Pelanggaran pula ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Makna15.08.2010
    Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaanBerlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan.Tatabahasa05.04.2011
    Mohon semak ayat di bawah: Walau bagaimanapun, sebagai peringatan tuan/puan dipohon untuk menyemak sekali lagi bagi memastikan bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan tiada perlanggaran hak fipta.Sebagai peringatan tuan/puan dimohon untuk menyemak sekali lagi bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan bagi memastikan  tidak berlaku perlanggaran hak cipta.Tatabahasa15.05.2013
    Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih.Salam sejahtera,
    Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu:

    1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan.
    Tatabahasa14.03.2013
    20. Pelanggaran itu bukan disebabkan jalan yang bengkang-bengkok tetapi sikap Amzar yang terlalu gopoh. A pelanggaran itu tidak disebabkan B Perlanggaran itu bukan disebabkan C Pelanggaran itu bukan oleh sebab D Pelanggaran itu bukan disebabkan munsyi, apakah jawaban paling sesuai, pada pendapat saya bahawa pelanggaran sesuai digunakan kerana berasal daripada konteks ayat, Amar melanggar tetapi jawaban ia;ah B, adakah jawaban ini munasabah? TQPada pandangan kami, jawapan B yang betul kerana menceritakan perihal kejadian (berlanggar) tersebut.
    Tatabahasa11.03.2012
    1) Apakah kesalahan kedua-dua ayat di bawah? - Antara hobi-hobinya ialah membaca novel. - Antara Ali ataupun Abu, siapakah yang lebih tinggi? 2) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Perlanggaran/Pelanggaran?Maksud yang terdapat di dalam Kamus Dewan juga agak sama tentang maksud perkataan tersebut. - Guru Disiplin itu telah berjaya mengatasi masalah __________ disiplin dalam kalangan murid di SK Batu Laut.1. Antara hobi-hobinya ialah membaca novel.
    Ayat yang betul ialah Antara hobinya ialah membaca novel.

    Antara Ali ataupun Abu, siapakah yang lebih tinggi?
    Ayat yang betul ialah Antara Ali atau Abu, siapakah yang lebih tinggi?


    2) Guru Disiplin itu telah berjaya mengatasi masalah ______pelanggaran____ disiplin dalam kalangan murid di SK Batu Laut.
    Tatabahasa23.07.2013

    Kembali ke atas