| di bahagian atau pada bahagian? di perlawanan atau pada perlawanan ? | Jawapan yang betul ialah di bahagian dan pada perlawanan. | Lain-lain | 11.05.2010 |
| Salam, antara berikut yang manakah betul? perlawanan futsal terbuka ataupun perlawanan terbuka futsal? Apakah alasannya? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah Perlawanan Futsal Terbuka. Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Dalam frasa "Futsal Terbuka", "Futsal" merupakan diterangkan manakala "Terbuka" menerangkan futsal tersebut. | Tatabahasa | 11.12.2013 |
| Antara berikut yang manakah menepati hukum bahasa?perlawanan bola sepak atau perlawanan sepak bola? | 1. Frasa yang betul ialah perlawanan bola sepak. | Lain-lain | 17.12.2015 |
| di dinding atau pada dinding ? di aras atau pada aras? di perlawanan akhir atau pada perlawanan akhir ? | Frasa yang betul ialah ... di dinding, ...di bawah aras,... pada perlawanan akhir. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
| Salam. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Match" atau perlawanan dalam Bahasa Melayu? Saya nak perkataan yang lagi pendek dari perlawanan (kurang 7 aksara, jika ada) | Perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk "match" ialah "lawan". Perkataan "lawan" lebih pendek daripada "perlawanan". Perkataan "lawan" masih membawa maksud yang jelas berkaitan dengan perlawanan atau pertandingan. Contoh ayat dari konteks sukan atau pertandingan: 1. "Pemain tersebut menunjukkan prestasi yang luar biasa ketika berhadapan dengan lawan yang lebih berpengalaman." Contoh ayat dari konteks perbandingan atau persaingan: 1. "Dalam dunia perniagaan, syarikat ini sentiasa menghadapi lawan yang sangat kompetitif."
| Ejaan | 24.10.2025 |
| Salam, apakah istilah yang betul antara berikut? 1. perlawanan bola sepak persahabatan; 2. perlawanan persahabatan bola sepak. Sekian terima kasih. | Frasa yang betul ialah perlawanan bola sepak persahabatan. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
| Salam. saya ingin tahu jenis golongan kata pada rangkai kata perlawanan akhir dalam ayat berikut, adakah kata nama am atau kata nama khas. 1. Pasukan Galpam telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Western Union, kelmarin. | Perlawanan akhir ialah kata nama am dan penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 22.10.2011 |
| Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya apakah perbezaan kejuaraan pertandingan perlawanan Bolehkah tuan/puan menjelaskannya bersertakan contoh penggunaan? Terima kasih :) | Pertandingan, perlawanan dan kejuaraan mempunyai maksud yang sama, iaitu perihal bertanding, perlumbaan, peraduan, kejohanan. Contoh ayat: 1. Pasukan Selangor telah memenangi kejuaraan/perlawanan bola sepak Malaysia. 2. Pemenang Pertandingan Teka Silang Kata telah diumumkan semalam. | Tatabahasa | 13.08.2021 |
| Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih. | 1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
| Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh kedua masa itu. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TQ | Ayat yang betul ialah: Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh masa kedua. | Tatabahasa | 16.02.2012 |