| perlesenan | Tidak ada soalan yang ditanyakan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas. | Lain-lain | 08.09.2011 |
| SISTEM PERLESENAN BERSEPADU atau SISTEM PELESENAN BERSEPADU mana yang betul untuk dijadikan tajuk system? | Nama sistem yang betul ialah SISTEM PELESENAN BERSEPADU. | Tatabahasa | 08.12.2014 |
| Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan | Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang. | Makna | 27.02.2008 |
| pelesenan atau perlesenan? | Pelesenan merujuk proses memberikan lesen, iaitu perbuatan melesenkan. Perlesenan merujuk perihal berlesen. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 29.05.2009 |
| untuk nama bahagian yang menguruskan lesen, adakah PERLESENAN Aatau PELESENAN BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT atau BAHAGIAN PERLESENAN DAN INSPEKTORAT | Penggunaan yang betul ialah Bahagian Pelesenan dan Inspektorat. Pelesenan merujuk kepada hal, proses atau urusan memberi atau mengeluarkan lesen. PeN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y, dan w. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 13 - 12 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 122. | Ejaan | 19.12.2025 |
| untuk nama bahagian yang menguruskan lesen, adakah PERLESENAN Aatau PELESENAN BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT atau BAHAGIAN PERLESENAN DAN INSPEKTORAT | Penggunaan penamaan yang betul ialah BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1312, pelesenan ditakrifkan sebagai hal, proses atau urusan memberikan atau mengeluarkan lesen. | Ejaan | 30.12.2025 |
| Ejaan pelesenan atau perlesenan (untuk nama bahagian) | pelesenan | Ejaan | 20.04.2011 |
| Mendapat kelulusa bahasa di papan iklan untuk tujuan perlesenan dengan majlis daerah hulu selangor Rujukan Dilampiran ada 2 papan iklan, saya telah menbuat papan iklan paling bawah. | Permohonan iklan hendaklah dikemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 29.06.2015 |
| Permohonan pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan premis untuk permohonan lesen premis dan iklan oleh Jabatan Perlesenan, Majlis Perbandaran Seberang Perai | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 13.10.2017 |
| Jinwin NotClumsy ISN 11.23 PAGI Jinwin NotClumsy selamat pagi saya tidak dapat muat turun sijil untuk perlesenan | Sila hubungi En. Saiful atau Pn. Rohayu melalui talian 0321479691/9400 jika terdapat permasalhan mengenai pengesahan iklan. | Lain-lain | 18.09.2017 |