Yang mana satu adalah istilah yang lebih tepat “keselamatan perlindungan” atau “perlindungan keselamatan” dan kenapa? | Kedua-dua frasa "keselamatan perlindungan" atau "perlindungan keselamatan" boleh digunakan mengikut konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. | Makna | 29.09.2019 |
maksud perlindungan | Makna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; | Makna | 08.11.2009 |
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. | Istilah | 29.06.2009 |
Ayat yang mana satukah menepati kehendak tatabahasa Melayu? Adakah ketiga-tiga ayat boleh diterima? Pohon penjelasan untuk jawapan tuan. 1) Perlindungan akan diberikan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang. 2) Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. 3) Perlindungan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang akan diberikan. | Ayat yang gramatis ialah ayat kedua, Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. | Tatabahasa | 19.06.2012 |
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tangan | Tatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Salam Sejahtera. Mohon pengesahan, yang mana betul : "Perlindungan Hak Harta Intelek" atau "Pelindungan Hak Harta Intelek". Terima kasih. | Salam Sejahtera. Yang betul ialah Perlindungan Hak Harta Intelek. Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 10.08.2017 |
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan Negara | Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak. Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.03.2018 |
Mohon nasihat tentang ayat ini sama ada salah dari tatabahasa atau membawa maksud yang salah "Secara amnya, Dasar Perlindungan Kanak-kanak merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan secara umum mengenai prinsip, piawaian dan prosedur yang menjadi amalan organisasi dan individu semasa berurusan, secara langsung atau tidak langsung, dengan knak-kanak." | Secara amnya, Dasar Perlindungan Kanak-kanak merupakan satu dasar yang menyatakan prinsip, paiwaian dan prosedur secara umum yang menjadi amalan organisasi dan individu semasa berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan kanak-kanak. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
Saya cuba menggunaan applikasi carian kata tapi tidak mendapat jawapan yang dikehendaki. Soalan saya apakah istilah yang tepat untuk "sheltered home" | Dalam data kami sheltered workshops diterjemahkan kepada bengkel perlindungan. Oleh itu kami mencadangkan sheltered home diterjemahkan kepada rumah perlindungan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.09.2017 |
Mohon semak bahasa untuk iklan kain rentang Jabatan untuk dipasang dan kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam : Jom Daftar sekarang ..! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama ! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO ? OPERASI PENGESANAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2013. HOTLINE PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Untuk pengesahan iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan kain rentang tersebut. Jom Daftar sekarang! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama-sama! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO? OPERASI PENGESANAN BERMULA PADA 1 SEPTEMBER 2013. Talian Utama PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Tatabahasa | 30.07.2013 |