Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mana satukah menepati kehendak tatabahasa Melayu? Adakah ketiga-tiga ayat boleh diterima? Pohon penjelasan untuk jawapan tuan. 1) Perlindungan akan diberikan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang. 2) Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. 3) Perlindungan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang akan diberikan.Ayat yang gramatis ialah ayat kedua, Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan.Tatabahasa19.06.2012
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah  1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. Istilah29.06.2009
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Yang manakah betul? 1) Alat perlindungan mata 2) Alat pelindung mataAlat pelindung mata.Tatabahasa01.08.2013
Mohon terjemahan terma di bawah ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris: Contingencies - luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan - ? loan loss coverage - ? perlindungan kerugian pijaman - loan loss coverage Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital Risk weighted capital ratio - Nisbah modal berwajaran Terima kasih SyameenContingencies - kontigensi, hal luar jangka
Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan 
loan loss coverage - perlindungan kerugian pijaman
Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital (tier lazimnya terjemahan peringkat atau tingkat, terjemahan kumpulan group)
Risk weighted capital ratio - Nisbah modal Wajaran Risiko
Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1. Adakah para penduduk betul? 2. Berpuluh-puluh ribu orang telah datang dari mana-mana untuk menyaksikan konsert itu. Adakah mana-mana betul? 3. i) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Mu. ii) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Kau. Ayat manakah yang lebih tepat? Terima kasih.

1. Frasa “para penduduk” adalah betul.
2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “mana-mana” bermaksud 1. mana pun, barang apa pun, setiap 2. siapa-­siapa, barang siapa. Oleh itu, perkataan “mana-mana” tidak boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Ayat yang lebih tepat ialah “Berpuluh-puluh ribu orang datang dari pelbagai tempat untuk menyaksikan konsert itu”.

3. Ayat yang lebih tepat ialah “Ya Allah, kami memohon perlindungan-Mu”.

Tatabahasa25.01.2022
"Beliau berkata fasal tersebut sekaligus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi dari tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan." 1. Berdasarkan ayat di atas, adakah penggunaan kata "tugasan" betul? jika tidak, mengaoa? 2. Adakah terdapat apa apa kesalahan tatabahasa yang lain?Ayat yang betul ialah “Beliau berkata fasal tersebut sekali gus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada pelanggan malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi daripada tuduhan yang tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugas.”Tatabahasa20.04.2024
Mohon semak bahasa untuk iklan kain rentang Jabatan untuk dipasang dan kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam : Jom Daftar sekarang ..! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama ! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO ? OPERASI PENGESANAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2013. HOTLINE PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.myUntuk pengesahan iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan kain rentang tersebut. 

Jom Daftar sekarang! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama-sama! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO? OPERASI PENGESANAN BERMULA  PADA 1 SEPTEMBER 2013. Talian Utama PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my
Tatabahasa30.07.2013
Salam Hormat, 1) Saya telah mengemukakan soalan mengenai "Insurance Cover Note" minggu lepas. Namun, saya berhasrat untuk mengetahui secara lebih lanjut kerana saya agak keliru dengan "Nota Lindung Insurans" dan "Nota Perlindungan Insurans". Mohon jasa baik penjelasan daripada pihak tuan dan contoh penggunaan ayat jika tidak keberatan. 2) Mohon bantuan untuk menterjamahkan ayat "Apologize for inconvenience" Ribuan terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, tidak terdapat huraian yang diberikan untuk "nota lindung insurans." Ayat "Apologize for inconvenience" boleh diterjemahkan kepada Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.Istilah21.06.2016
soalan 1 apakah maksud ISSN yang ada pada setiap muka depan majalah dan bagaimana pula dengan ISBN yang ada pada buku. soalan 2 apakah maksud HAKCIPTA dan penerangan tentang nya. terima kasihISSN ialah International Standard Serial Number, manakala ISBN ialah International Standard Book Number. Hak cipta ialah perlindungan hak intelektual atau produk sesuatu institusi atau individu yang dilindungi undang-undang.Lain-lain05.01.2007
123

Kembali ke atas