Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara 'Pelombongan' dan 'Perlombongan'? | Pelombongan bermaksud hal atau perbuatan melombong, manakala perlombongan bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan lombong. | Tatabahasa | 03.01.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai tanda baca koma (,). Adakah betul jika tanda koma diletakkan sebelum perkataan dan? Contoh ayat: ...perlombongan, ladang, dan kemudahan awam. Terima kasih. | Waalaikumsalam, Contoh ayat....perlombongan, ladang, dan kemudahan awam - tanda koma di sini adalah betul. | Tatabahasa | 10.01.2019 |
Apakah perkataan yang paling tepat bagi menggantikan "urban mining"? | "Urban mining" merupakan konsep pemeliharaan alam sekitar melalui proses kitar semula peralatan elektronik dan barangan elektrik yang tidak digunakan untuk mendapatkan kembali elemen asal (logam atau mineral) daripada barangan tersebut. Pihak kami mencadangkan "urban mining" diterjemahkan sebagai "perlombongan urban" atau "perlombongan perbandaran", bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 04.08.2020 |
salam saya nak tanya, terjemahan untuk acronym CRISP-DM “cross industy strandard process for data mining” (CRISP-DM) | Kami mencadangkan istilah "Cross-Industry Standard Process for Data Mining" diterjemahkan sebagai "Proses Piawai Rentas Industri bagi Perlombongan Data" atau "Proses Standard Silang Industri bagi Perlombongan Data". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 13.07.2021 |
DATA MINING | PERLOMBONGAN DATA | Istilah | 25.10.2010 |
Manakah antara berikut perkataan yang tepat: Perlombongan Pasir / Pelombongan Pasir | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks dan konsep ayat yang bersesuaian. | Tatabahasa | 01.11.2023 |
Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan,kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta India Tuan,saya nak tanya perkataan kata sendi nama ‘kepada’adalah salah digunakan di sini ya.Jika adalah salah setakat perlu tukar kepada apa kata sendi nama? | Kepada ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: 1. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia. 2. Menyatakan pecahan. 3. Menyatakan perubahan keadaan. Cadangan jawapan yang diberikan salah. Jawapan yang betul ialah pada. | Tatabahasa | 06.01.2021 |
Apa makna: 1. Penempatan 2. Petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 14.05.2013 |
apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist? | Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). | Makna | 03.04.2008 |
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 12.02.2012 |