| Perlukan kelulusan sebelum memasang iklan | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 01.06.2020 |
| Perlukan alih bahasa PRE-HOSPITAL CARE | Berdasarkan rekod kami, istilah bahasa Melayu dalam bidang perubatan untuk post-hospital care ialah jagaan selepas hospital. Oleh itu, cadangan pre-hospital care dalam bahasa Melayu ialah jagaan sebelum hospital. | Istilah | 14.04.2017 |
| Perlukan Proof Read untuk banting dalam kadar segara Sila lihat lampiran | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.10.2015 |
| Perlukan kepastian sama ada penggunaan "adalah" atau "ialah" yang tepat untuk ayat ini: Mereka ...... ejen-ejen bertauliah. Terima kasih. | Ayat yang betul, "Mereka" ialah ejen yang bertauliah. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti Warna baju yang dipakainya adalah merah dan Majlis diadakan adalah untuk meraikan kejayaannya. | Tatabahasa | 09.04.2014 |
| Perlukan Cadangan Perkataan yang bersesuaian dengan Papan Iklan | Sila lampirkan visual iklan untuk papan iklan puan. | Lain-lain | 20.03.2014 |
| perlukan dieja perkataan berikut dengan huruf besar 1) Kerajaan 2)Kerajaan Negeri 3) Bajet 2010 4) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adakah diterima pakai perkataan "konsumpsi" apakah yang dimaksudkan dengan perkataan diremitkan | Untuk penggunaan secara umum, perkataan kerajaan, kerajaan negeri, cukai barangan dan perkhidmatan ditulis dengan huruf kecil, namun jika merujuk konteks khusus dan sebagai nama khas, perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya Kerajan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak dll. Istilah bajet, konsumpsi dan diremitkan (remit) tidak diterima pakai dalam bahasa Melayu. Yang betul bagi padanan perkataan-perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah belanjawan, penggunaan dan mengirimkan/meringankan/bidang kuasa. | Istilah | 05.05.2010 |
| perlukan senarai peribahasa dan kata hikmat berkenaan keselamatan , keceriaan dan kebersihan harap dapat berikan senarai yang diperlukan untuk dilukis sebagai mural keselamatan pelajar sekolah terima kasih | Sila kunjungi perpustakaan yang berdekatan. Buku peribahasa yang boleh dijadikan rujukan ialah Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Lain-lain | 09.02.2010 |
| Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar. Adakah klausa " anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar" dalam ayat di atas boleh dikelaskan sebagai klausa keterangan ? | Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa utama, manakala kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa tak bebas. Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga mengklasifikasikan klausa kepada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk halaman 434 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 23.02.2018 |
| `Saya perlukan istilah bahasa melayu bagi perkataan "adjacency" yang tidak terdapat di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah adjacency ialah celahan, bersebelahan, kesebelahan atau perdampingan. Padanan istilah ini boleh digunakan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.08.2025 |
| Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Saya akan menyimpan salinan MC di dalam fail.Mengapa "disimpan" perlu saya gunakan? saya bukan pelaku ketiga. | Penggunaan kata kerja pasif “disimpan” dalam ayat tersebut merujuk salinan sijil cuti sakit sebagai objek, bukan merujuk perkataan “saya” yang berfungsi sebagai pelaku orang pertama. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 06.05.2023 |