| Bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan "contohnya" seperti berikut. Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. | Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.06.2016 | 
				| Penggunaan perkataan perlu atau perlulah. Sebagai contoh Pengawas perlu / perlulah memastikan semua calon mengisi maklumat dengan lengkap. Apakah fungsi "lah". Mesti / Mestilah. Hendak / Hendaklah. Bilakah @ dalam keadaan manakah sesuatu perkataan perlu,mesti, hendak akan digunakan perlulah, mestilah hendaklah. | Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 | 
				| "Kita perlulah menyimpan wang dari sekarang agar boleh digunakan semasa kecemasan," pesan ibu kepada Alisya. A) Sediakan payung sebelum hujan B) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Jawapan diberi oleh cikgu iala B. Penjelasannya: B adalah dgunakan bagi semua yang berkaitan dengan wang. Jawapan A adalah digunakan bagi situasi seperti persediaan bagi pertandingan atau peperiksaan. Adakah peribahasa di atas digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja? Apakah situasi tersebut? | Penggunaan peribahasa terpulang kepada masyarakat untuk digunakan pada bila-bila masa atau situasi dengan syarat makna dan maksud peribahasa tersebut tepat. Dalam contoh soalan yang diberi, peribahasa A lebih tepat kerana terdapat situasi kecemasan yang mungkin berlaku dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Peribahasa B perlu merujuk satu perbuatan yang dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, misalnya mengumpul duit secara perlahan-lahan dan mendapat hasil yang besar jika kerap dilakukan. | Lain-lain | 26.07.2018 | 
				| 2. Kita perlulah membantu ibu menjaga adik dan bermain-main dengannya sementara ibu kita memasak di dapur. adakah ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah "Kita perlulah membantu ibu menjaga adik dan bermain-main dengannya, sementara ibu memasak di dapur."   | Lain-lain | 27.09.2024 | 
				| Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang daripada tersumbat. Berdasarkan ayat di atas, penggunaan daripada tidak boleh digunakan sebelum kata kerja tersumbat. Jadi, apakah cadangan ayat daripada pihak DBP untuk membetulkan ayat ini? Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang tersumbat.” | Tatabahasa | 25.07.2024 | 
				| Adakah penggunaan kata sendi 'dari' dalam ayat ini betul? Kita perlulah menjauhkan diri dari najis dadah supaya hidup sejahtera. | Ayat yang betul ialah Kita perlulah menjauhkan diri daripada najis dadah supaya hidup sejahtera. | Tatabahasa | 03.09.2014 | 
				| Adakah terdapat kekecualian yang membolehkan kata sendi berada di hadapan kata kerja. Contoh: Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang daripada tersumbat. Jika tidak boleh, apakah cadangan ayat yang tepat untuk ayat di atas. | Ayat yang betul ialah “Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang tersumbat.” 
 | Tatabahasa | 23.07.2024 | 
				| Betulkah ayat di bawah? 1) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 2) Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. 3) Allah yang menguasai segalanya. 4) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 5) Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. |     | 1. Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah - ayat ini tidak betul. 2. Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu - ayat ini tidak betul.
 3. Allah yang menguasai segalanya. Betul.
 4. Mesin itu berfungsi dengan baiknya. Betul.
 5. Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. Betul.
 |  | Tatabahasa | 07.07.2022 | 
				| assalamualaikum...saudara. saya ingin bertanya mengenai perkataan guru besar, ketua kampung, tuk penghulu dan ajk, adakah perkataan ini perlu dieja awal perkataannya berhuruf besar dalam penulisan karangan. | Jika dinyatakan secara umum, Saudara perlulah menggunakan huruf kecil. Tetapi jika menyatakan secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan A, perlulah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 26.02.2007 | 
				| saya nak tahu cara untuk menghantar karya kepada DBP untuk diterbitkan?? saya pelajar IPGM kampus bahasa melayu dan saya mula bergiat dalam penulisan puisi...oleh yang demikian saya ingin cuba nasib menghatar karya saya ke DBP untuk diterbitkan.... | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa puisi (asli dan bukan plagiat) perlulah dikumpulkan sekurang-kurangnya 100 buah (bermutu). Lagi banyak puisi dikumpulkan dan disertakan untuk dihantar kepada DBP lagi baik. Dalam hal ini, pakar penilai berkemungkinan besar akan menggugurkan puisi-puisi yang difikirkan tidak kuat atau tidak bermutu. Bagi memudahkan untuk penilaian oleh pakar yang dilantik oleh DBP, sdr perlulah menyusun kemas puisi tersebut mengikut contoh atau format antologi/kumpulan (buku) puisi yang telah diterbitkan oleh DBP. Format tersebut perlulah mengandungi judul (kulit luar) dan nama pengarang, kandungan puisi, teks puisi dan biodata lengkap penulis. Karya yang dikirimkan perlulah dalam dua (2) bentuk iaitu bahan/teks bercetak dan disket. Surat rasmi daripada pengirim perlulah mengandungi nama penuh (sertakan nama pena sekiranya ada), nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel (sekiranaya ada) bagi memudahkan segala urusan surat menyurat. Kirimkan karya tersebut (sebaik-baiknya secara surat berdaftar atau hantar tangan) ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sekian dimaklumkan. Selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 04.08.2010 |