tuan, adakah perkataan permai yang digunakan dalam ayat di bawah betul? jika salah, apakah perkataan yang lebih sesuai? 1. Persahabatan dua orang budak itu sentiasa permai sejak kecil lagi. sekian, terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, “permai” bermakna indah, cantik dan elok. Mengikut kamus Pelajar “permai” mendatangkan rasa puas dan nyaman apabila dipandang; cantik; elok; indah. Contoh ayat: pandangan yang indah permai. Dalam konteks persahabatan hubungan boleh menggunakan perkataan “baik”, “erat”, “harmoni” dan “mesra”. | Makna | 12.02.2014 |
Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih | 1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai. | Lain-lain | 01.05.2007 |
Penduduk Taman Permai pada malam semalam telah menggelapkan kerana terputus bekalan elektr Apakah perkataan yang harus menggantikan perkataan "menggelapkan" supaya ayat tersebut betul? | Perkataan yang betul ialah bergelap - bermaksud berada dalam gelap. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
1. Penduduk Kampung Permai menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan kampung mereka bersama-sama. Adakah perkataan rukun tetangga perlu ditulis dengan huruf besar seperti Rukun Tetangga? | Penduduk Kampung Permai menubuhkan pasukan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan kampung mereka bersama-sama. Ejaan perkataan rukun tetangga dalam ayat tersebut betul. Perkataan rukun tetangga' sekiranya dalam ayat dieja dengan huruf kecil, sekiranya sebagai kata nama khas hendaklah dieja dengan huruf besar, contohnya Rukun Tetangga Kampung Baru. | Ejaan | 05.10.2024 |
Adakah kata adjektif permai boleh ditambah imbuhan -kan | Kata adjektif terbitan terdiri daripada satu kata dasar yang terbentuk dengan imbuhan seperti awalan, apitan dan sisipan. Perkataan permai tidak menerima imbuhan –kan sebagai kata terbitan, sebaliknya menerima imbuhan awalan dan apitan dengan membentuk perkataan seperti terpermai, sepermai dan kepermaian. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 235-239 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1692. | Tatabahasa | 04.05.2025 |
Afif Abd RahmanView Profile THURS 15:29 Afif Abd Rahman Afif Assalamualaikum. Saya nak tanya, adakah maksud D/A di dalam satu alamat ialah "Di alamat" ? Saya ingin merujuk kepada contoh alamat ini: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, D/A Hospital Permai Lama, Jalan Persiaran Permai Bagaimanakah cara penggunaan D/A? Harap dapat membantu. Terima kasih. | Wassalam, Tuan, singkatan tersebut merujuk "Di alamat". Sekiranya ditulis dalam penulisan, singkatan yang betul ialah "d.a." sama seperti "salinan kepada" s.k. | Lain-lain | 03.11.2016 |
Selamat sejahtera, Puan Ambika Guru Besar di SJKT Bukit Permai.Puan Ambika guru besar yang peramah.(adakah kedua-dua guru besar perlu ditulis huruf besar?) Terima kasih. | Perkataan guru besar dalam kedua-dua ayat tersebut tidak perlu menggunakan huruf besar pada huruf pertama kerana merujuk kepada kata nama am. Perkataan guru besar hanya ditulis menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan sekiranya merujuk kepada kata nama khas, seperti Guru Besar SJKT Bukit Permai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 84 - 85. | Tatabahasa | 15.01.2024 |
Nak tanya. Puisi yang bertajuk Negaraku Permai ciptaan Khadijah Hashim ini merupakan syair ke? Saya tidak berapa jelas perbezaan antara puisi, pantun, gurindam kerana saya baru nak berjinak-jinak. | Untuk makluman, pantun, syair, seloka dan gurindam merupakan puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b. Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a. Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk. Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a. Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu, susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman. | Sastera | 15.04.2020 |
Setelah Encik Ahmad disahkan positif penyakit COVID-19, beliau dikuarantin/dikuarantinkan di Hospital Permai, Johor. Antara 'dikuarantin' dengan 'dikuarantinkan', yang manakah betul? Apakah beza imbuhan awalan 'di' dan imbuhan apitan 'di'...'kan'? Jikalau ayat saya di atas tidak gramatis, harap pihak DBP boleh mencadangkan ayat yang baharu. | Penggunaan yang betul ialah dikuarantin.Tuan boleh menyemak pembentukan kata kerja aktif perkataan tersebut bagi membentuk kata pasifnya. | Tatabahasa | 15.11.2020 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pemandangan di sini permai sekali. 2. Seronok betul melihat ragam kanak-kanak itu. 3. Hal itu telah saya rancang. 4. Abang membeli sebuah rumah teras. Terima kasih. | Keempat-empat ayat contoh yang diberikan betul. | Tatabahasa | 12.09.2012 |