Salam. Apabila perkataan 'main' ditambah dengan imbuhan, yang manakah ejaan yang betul - permainan atau pemainan, permain atau pemain? Setahu saya, ejaan yang betul ialah 'permainan' dan 'pemain'. Kenapa ada 'per-' dan 'pe-' apabila perkataann 'main' ditambah dengan imbuhan? Terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah permainan. Setiap perkataan boleh menerima beberapa jenis awalan seperti pe- (pemain) dan ber- (bermain) dan juga apitanseperti me-...-kan (memainkan) dan per-...-an (permainan) selagi ia sesuai dengan fungsi penggunaannya dalam ayat. Terdapat prinsip yang telah ditetapkan dalam penggunaan awalan dan apitan, untuk lebih memahaminya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 22.10.2015 |
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelah | Pertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak. Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut. | Tatabahasa | 30.10.2012 |
Adakah ayat "Pemain itu sangat handal sekali." betul? Ayat ini ada dua kata penguat. | Pemain itu handal sekali ; atau Permain itu sangat handal. | Tatabahasa | 08.05.2008 |