1. Karnival itu diadakan untuk mempopularkan permainan tradisional semula. 2.Karnival itu diadakan untuk mempopularkan semula permainan tradisional. Ayat manakah yang tepat? | Ayat yang betul ialah “Karnival itu diadakan untuk mempopularkan semula permainan tradisional.”. | Tatabahasa | 10.09.2022 |
Salam sejahtera. Pertandingan permainan tradisional itu telah menjadi ________ untuk saling bertukar pengalaman. Apakah perkataan yang sesuai diisi dalam ayat itu (wadah atau medium), Dan adakah ayat itu gramatis? | Ayat yang betul ialah "Pertandingan permainan tradisional itu telah menjadi wadah untuk saling bertukar pengalaman." | Lain-lain | 04.06.2023 |
Yang manakah betul? Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional ATAU Congkak adalah salah satu jenis permainan tradidional. | Yang betul ialah - Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional. | Tatabahasa | 06.05.2010 |
Ejaan mana yang betul? Permainan tradisional ting-ting atau teng-teng? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, yang tepat ialah ketingting yakni sj permainan lompat-lompat (oleh kanak-kanak), tingting, ciak tinting. Permainan tradisional ketingting. | Ejaan | 17.08.2012 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? 1. Ini baju batik. 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. 4. Datuk saya sedang menternak itik.(menternak ialah satu perbuatan yang berlaku secara berterusan, adakah perkataan 'sedang' sesuai digunakan?) Untuk menggabungkan dua ayat tunggal yang berikut, ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau kaum India? atau ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? Perkataan kaum perlu ada dalam ayat majmuk? Sekian, terima kasih | 1. Ini baju batik. (Betul) 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. (Betul) 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. (Ayah saya memandu kereta ke tempat kerja.) -Betul 4. Datuk saya sedang menternak itik. (Boleh digunakan) 5.Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? - Ayat ini betul. Perkataan kaum digugurkan. | Tatabahasa | 17.10.2012 |
Terdapat permainan tradisional yang menggunakan rim basikal. Ada yang mengatakan kelereng. Ada yang mengatakan kleret. Manakah yang paling tepat? Terima kasih. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "kelereng" bermaksud 1. biji buah lerak 2. guli, gundu, kelici. Perkataan "kleret" tidak terdapat dalam kamus atau pangkalan data istilah DBP. | Istilah | 28.10.2016 |
Salam tuan, Saya ingin tahu apakah jenis permainan tradisional Melayu yang dipanggil "batu kelerek". Sekian & salam. | Untuk makluman saudara, tidak ada maklumat tentang "batu kelerek" dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan saudara hubungi Jabatan Warisan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM? | Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan. Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah. Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.
| Tatabahasa | 23.09.2013 |
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian | Saudara, Jawapan yang tepat ialah: 1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan' 2. Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula, perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. 3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. 4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina' Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Adakah betul ungkapan tajuk dibawah? : PERTANDINGAN PERMAINAN ALAT MUZIK TRADISIONAL atau ia sepatutnya di tulis PERTANDINGAN MUZIK TRADISIONAL? Kami akan menganjurkan pertandingan muzik tradisional di mana peserta perlu menunjukan bakat memainkan alat muzik tradisional secara berkumpulan. | Tajuk yang sesuai ialah "Pertandingan Permainan Alat Muzik Tradisional". | Tatabahasa | 20.05.2013 |