Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : Saya baru saja mendapat kerja tetap. Mari kita raikan!; ~ brain damage, cedera otak yg selama-lamanya; 2. all the time, constant, sentiasa: in a ~ state of poverty, sentiasa dlm keadaan miskin. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. lasting a long time, kekal; (of address, job, etc) tetap; (of injury, illness) kekal, selama-lamanya, sampai mati, seumur hidup, sepanjang hayat: the Alamo in Texas gained itself a ~ place in American history, peperangan Alamo di Texas kekal dlm sejarah Amerika; I’ve just got a ~ job. Let’s celebrate!(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permanent


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandanganBerdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan  bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal.Istilah22.07.2013
SILA BAGI TERJEMAHAN 'ALAMAT TETAP' DAN 'ALAMAT KORESPONDEN' YANG ADA DI DALAM KAMUS DEWAN BAHASA

alamat tetap - permanent address/fixed address

alamat koresponden - correspondence address

Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk correspondence address ialah alamat surat-menyurat bukan alamat koresponden.

Istilah31.01.2011
SOALAN: Betulkah terjemahan ini? An arbitral tribunal appointed by Malaysia and Singapore has decided that a joint investment company of the two countries will not be conditionally liable to pay development charges on the former Malayan Railway parcels of land in Keppel, Kranji and Woodlands. In January 2012, Singapore and Malaysia entered into an agreement, submitting the issue to final and binding arbitration. The Permanent Court of Arbitration acted as registry in this arbitration. (TERJEMAHANNYA) Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

Tribunal timbang tara yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura telah memutuskan bahawa syarikat pelaburan bersama kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan atas tanah bekas milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian dan mengusulkan isu kepada Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

 

Penyemakan penggunaan bahasa ini mengambil kira aspek bahasa, sila pastikan makna dalam bahasa Melayu sama dengan makna dalam bahasa Inggeris.  Sila pastikan isu diusulkan kepada pihak yang betul, sama ada kepada Mahkamah Timbang Tara atau Tribunal Timbang Tara.
Penyemakan dan penterjemahan11.11.2014

Kembali ke atas