Program Retreat Pemuda Barisan Nasional. (Apakah perkataan yang sesuai bagi retreat?) | Perkataan yang sesuai bagi "retreat" ialah permukiman, "Program Permukiman Pemuda Barisan Nasional". | Penyemakan dan penterjemahan | 20.11.2014 |
Assalamaualaikum. Saya inging bertanya maksud perkataan pemukiman sebagaimana dalam surat khabar Utusan Malaysia bertarikh 8 April 2014 yang menyatakan dalam ayat berikut : Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Saya sudah merujuk Kamus Dewan, yang membawa maksud daerah mewah. Boleh tuan perjelaskan. | Waalaikumsalam WM WBT Ejaan pemukiman yang betul ialah permukiman yang bermaksud kegiatan bermukim. Kata dasarnya ialah “mukim” yang antara maksudnya ialah tinggal tetap, kawasan yang di dalam lingkungan sebuah masjid, dan kawasan (tempat tinggal) yang di bawah perintah seorang penghulu. Kegiatan bermukim bermaksud kegiatan berkumpul atau tinggal di sesuatu kawasan. Dalam hal ayat contoh yang saudara berikan, perkataan “permukiman” telah diperluas maknanya menjadi kegiatan para pemimpin dari Malaysia dan Singapura berkumpul di Kuala Lumpur untuk membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan hal ehwal perhubungan kedua-dua buah negara. | Istilah | 08.04.2014 |