Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg dinyata­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan,  Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Tatabahasa31.08.2012
Pernyataan ini berkaitan dgn bidang penyelidikan pendidikan ... Creswell & Clark (2007) ada menulis "the embedded nature of this approach can be indicated with the notation QUAN (qual). The qualitative data played a subservient role within the larger quantitative metholodogy" Persoalannya sekarang, adakah tepat sekiranya saya terjemahkan QUAN (qual) pada KUAN (kuali). Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "KUAN" dan "kuali" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan tersebut mesti dieja penuh , iaitu Kuantitatif dan Kualitatif.Istilah03.12.2013
Apakah perbezaan antara pernyataan dan penyataan? Terima kasihPenyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkaraMakna26.04.2013
1. Sila lengkapkan “Pernyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan “Penyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih)Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.    Tatabahasa03.03.2009
Assalamualaikum, penggunaan penyataan dan pernyataan agak mengelirukan. Saya telah merujuk kamus dewan tetapi kurang arif penggunaan dan perbezaan perkataan tersebutPenyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkaraMakna15.05.2013
Adakah pernyataan di bawah betul ? 1. Pertandingan Bercerita Kanak-kanak 2. Pertandingan Mendeklamsi Sajak 3. Perrtandingan Mengarang Esei 4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 5. Kolokium Meningkatkan Motivasi

Frasa/ungkapan yang diberikan adalah betul.

Tatabahasa06.04.2011
Soalan yang berikut berdasarkan 'pernyataan' di bawah. 'Anda berpeluang mengelilingi sebuah pulau bersama-sama keluarga pada cuti persekolahan.' Bentuk muka bumi pantai yang dapat anda lihat ialah .... Soalan saya: Setahu saya perkataan 'pernyataan' di sini adalah betul tetapi kalau dilihat kertas soalan STPM (Majlis Peperiksaan M'sia) menggunakan perkataan 'penyataan' tanpa 'r'. Boleh beri confirmation tentang hal ini. Terima kasihPernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan.Makna12.03.2008
Jawapan bertarikh 13.8.13(10am) dirujuk, Adakah ini bermakna ayat “mengeluarkan KENYATAAN di Akhbar” adalah salah kerana sepatutnya perkataan PERNYATAAN digunakan. Kenapa ungkapan tersebut lazim digunakan di media cetak dan elektronik?Pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara. Pernyataan dan kenyataan boleh membawa maksud masing-masing atau membawa maksud pengumuman bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa16.08.2013
yang mana satu digunakan dalam ayat 'pernyataan' atau 'penyataan'?. contoh 'penyataan' berikut menerangkan.... betul tak?Pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain). Dalam ayat ini, yang betul adalah 'pernyataan'.Tatabahasa17.04.2007
Untuk membina soalan yang mana betul/sesuai 1. Pernyataan di atas, 2. Penyataan di atas

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain) Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan yang sesuai dengan konteks yang dikemukakan ialah pernyataan.  

Makna31.10.2011
12345678

Kembali ke atas