Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian? | perceraian1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraianperihal (perbuatan) menceraikan. Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut. | Tatabahasa | 12.04.2008 |
Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruan | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; | Lain-lain | 12.06.2010 |
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya penggunaan perkataan untuk ayat di bawah. Apakah sebab-sebab yang menyumbang kepada penceraian/perpisahan itu? Soalan: Adakah betul penggunaan perkataan penceraian di atas? atau perlu diganti dengan perkataan perceraian? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, perceraian bermaksud perpisahan atau perpecahan, perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri) manakala penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. Maka ayat yang lebih sesuai ialah "Apakah sebab-sebab yang menyumbang kepada penceraian atau perpisahan itu?"
| Tatabahasa | 03.07.2024 |
Salam, Mohon penelitian ayat - ayat berikut sebagai lirik lagu Kita semua serupa Berpijak dibumi yang nyata Mendaulatkan prinsip yang lima Bersatu hati demi semua Usah diduga akal dan budi Merobek jiwa meruntuh janji Hitam dan putih tidak bererti Asal semua hormat menghormati Ayuh semua kita Berganding bahu berpimpin tangan Mengharungi onak dan duka Asal kita tidak berangan Nun didesa atau dikota Semua pasti merasa bahagia Menyemai kasih menyulam cinta Melahirkan insan yang setia Apa jua rintangan Jangan ada yang terkesan Memutuskan persahabatan Mencipta jurang perpecahan | Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Walau bagaimanapun, mohon pihak tuan membetulkan ejaan seperti di bumi, di desa, di kota dan hormat-menghormati. Untuk makluman tuan juga, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Sungguhpun begitu, karya seni termasuk lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Ini kerana karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Untuk membantu tuan membuat semakan penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
| Lain-lain | 17.11.2021 |