persamaan variasi dialek sosial dan dialek geografi | Soalan yang puan kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan tersebut, kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan dialektologi seperti: Dialektologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Tiada, 1990 Dialektologi tradisional dan dialektologi sosial-bandar: Satuperbandingan matlamat, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1998 Dialektologi bahasa Bugis di sabah, Noor Aina Dani, Jurnal Bahasa, 1 June 2006 Dialektologi struktural dalam penelitian bahasa Bali, Bawa, I Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1992 Dialektologi sosial bandar: satu pengenalan, Idris B. Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 June 1996 Dialektologi Melayu: sumbangan A. Teeuw, Bawa, Wayan, Jurnal Dewan Bahasa, 1 February 1990 Nilai dialektologi sosial bandar dalam pembangunan negara, Idris Aman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 Tamadun Melayu dan dialektologi, Collins, James T, Jurnal Dewan Bahasa, 1 January 1993 | Lain-lain | 15.04.2014 |
persamaan bahasa-bahasa di malaysia berdasar setiap dialek bgsa bgsa melayu,cina,india | Soalan saudara adalah di luar khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan. | Lain-lain | 31.07.2010 |
Dalam KD4, salah satu maksud sajak ialah persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll). Dalam "persamaan bunyi" yg dimaksudkan itu, adakah semua barisan sajak itu sama bunyinya atau mempunyai pelbagai rima yg sama dalam satu sajak. | Persamaan bunyi, disebut juga sebagai rima, iaitu skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan panduan menulis sajak yang terdapat di pasaran. | Sastera | 17.09.2015 |
Apakah persamaan atau perbezaan bagi perkataan "tak terkira" dan "tak terhingga". Adakah kedua-dua perkataan ini boleh membawa maksud terlalu banyak? Adakah salah satu perkataan ini mempunyai makna yang serupa? Terima kasih. | Frasa "tak terkira" dan "tak terhingga" membawa maksud yang sama iaitu terlalu banyak. | Makna | 27.08.2024 |
Apakah persamaan dan perbezaan di antara “sopan” dan “susila”? | Berikut merupakan maksud sopan dan susila berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: i. Sopan - Hormat (segan, takzim) dengan tatatertib - Baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab - Baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur) ii. Susila - Baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sopan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=susila | Makna | 08.11.2020 |
Apakah persamaan dan perbezaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dengan Bahasa Melayu Baku? | Pada umumnya, konsep bahasa Melayu tinggi merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya ataupun bidang ilmiah yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I - VII, Prosiding Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, dan Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-2 2006 yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. | Tatabahasa | 07.01.2013 |
Apa persamaan antara kata adjektif dengan kata adverva? | Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba boleh hadir di hadapan atau belakang frasa. Contohnya Kami selalu memperkatakan hal itu dan Olahragawan itu sihat sentiasa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 225 dan 289. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
Mohon persamaan kata dalam bahasa Malaysia untuk perkataan berikut: - Storage Area Network - Product Manager - Liason Officer - Focal Point Terima kasih | Padanan yang tepat bagi Storage Area Network ialah Rangkaian Kawasan Storan, Product Manager ialah Pengurus Produk, Liaison Officer ialah Pegawai Perhubungan dan Focal Point ialah Pusat Tumpuan. | Makna | 19.04.2007 |
Persamaan dan perbezaan antara fonetik dan fonologi. | Untuk melihat persamaan atau perbezaan makna antara keduanya rujuk makna dalam kamus Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi bermaksud (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. | Makna | 12.08.2008 |
apakah persamaan antara bahasa dengan bunyi salakan anjing, miawan kucing dan kicauan burung? apakah perbezaan asas antaranya? | Persamaan :kedua-duanya merupakan sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok sama ada manusia atau binatang.Perbezaan : Kedua-dua kelompok memahami sistem lambang bunyi suara masing-masing sahaja. | Lain-lain | 14.01.2004 |