Kata "dengan" boleh digunakan pada permulaan ayat, tetapi ayat yang saudara berikan telah lengkap tanpa adanya kata "dengan" - Kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya."
Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut.
Thanks for clicking. That felt good.