Satu per satu ATAU Satu persatu? Satu persepuluh ATAU Satu per sepuluh? | Cara penulisan yang betul ialah "satu per satu" yang bermaksud "satu demi satu" Cara penulisan yang betul ialah "satu persepuluh" yang bermaksud "satu daripada sepuluh" | Tatabahasa | 15.11.2017 |
Saya nama Mahmud Awea ingin bertanya apakah maksud morfologi serta contoh satu persatu terima kasih | Morfologi ialah kajian berkenaan bentuk kata atau pembentukan kata. Apabila dibincangkan tentang kajian, isunya sangat luas dan ruang yang terhad ini tidak membincangkan tentang kajian, Seelok-eloknya rujuk buku yang berkaitan dan bertanya terus kepada guru. | Makna | 30.09.2015 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan yang mana betul. 1. satu per satu 2. satu persatu Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah satu per satu. | Ejaan | 28.05.2012 |
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu. | 1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan. 2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d). | Sastera | 03.07.2012 |
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga. | 1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang. 2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Bagaimanakah penulisan kata bilangan pecahan yang betul, contoh: satu per satu, satu per dua, satu per tiga, satu per empat, satu per lima ATAU satu persatu, satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima. Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 23.03.2011 |
apakah maksud sembunyi dalam puisi dan kias?? | Frasa 'sembunyi dalam puisi dan kias' ini diambil dari lirik lagu, tuan/puan seharusnya memajukan soalan ini kepada penulis tersebut. Kami hanya dapat memberi maksud satu persatu perkataan di dalam frasa tersebut. | Makna | 27.12.2012 |
saya amat berminat dalam bidang penulisan tetapi prosedur yang di minta oleh pihak dewan bahasa contohnya majalah dewan bahasa agak ketat.. jadi saya ingin tahu adakah disket diperlukan untuk menghantar karya? dan saya ingin tahu satu persatu langkah-langkah yang di perlukan oleh saya atau rakan lain untuk menghantar karya.. kerjasama pihak tuan dan puan amat dihargai untuk pengetahuan juga saya pernah mengikuti kursus penulisan yang dianjurkan oleh oihak dbp di hotel king melaka dan saya telah memenangi sebuah buku kerana mencipta cerpen pendek mengenai hang tuah dan hangjebat di zaman moden..hehehe terima kasih kepada yang sudi memilih.. asslammualaikum | Waalaikumusalam wbk. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Dalam hal menghantar karya berupa manuskrip novel, cerpen, artikel dan lain-lain ke penerbitan DBP (atau penerbitan lain), sebaik-baiknya perlulah mengikuti prosedur penerbitan yang ditetapkan oleh pihak tersebut. Selain daripada menghantar teks manuskrip, sdr. amat digalakkan menyertakan salinan disket bagi memudahkan tugas editor untuk tujuan penerbitan karya tersebut. Selamat berkarya! Sekian dan salam. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Salam, 1. Apakah peribahasa yang bersinonim dengan 'pantang ajal sebelum maut'? 2. Apakah peribahasa yang sesuai untuk seseorang yang sangat berani dan tidak takut mati? Adakah peribahasa 'pantang ajal sebelum maut' itu sesuai ataupun ada peribahasa lain yang lebih baik? Terima kasih. | Tidak ada kamus sinonim peribahasa, oleh itu setiap entri peribahasa perlu disemak satu persatu untuk mencari persamaan maksud antara peribahasa yang ada. Peribahasa "sebelum ajal berpantang maut" bermaksud tak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan. | Lain-lain | 14.04.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu sama ada DBP mempunyai senarai penuh jenis kesan bunyi khas yang digunakan dalam filem atau sebarang video. Contohnya, tepukan tangan, kamping mengembek, dan sebagainya. Saya sedang buat kajian tentang sari kata untuk komuniti orang pekak. Jadi saya memerlukan jenis-jenis kesan bunyi khas yang pelbagai untuk dimasukkan ke dalam sari kata | Kami menyokong hasrat murni tuan, namun pada masa ini belum ada senarai khusus kesan bunyi, melainkan perlu melihat satu persatu makna kata. | Tatabahasa | 22.07.2016 |