tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.com | Berdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut. | Lain-lain | 29.07.2011 |
Apakah terjemahan terbaik untuk square foot gardening? Adakah betul kalau diterjemah ke kebun kaki persegi? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "square foot gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "gardening" yang padanan bahasa Melayunya ialah perkebunan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perkebunan kaki persegi. | Istilah | 09.04.2013 |
visual papan iklan beserta ukuran dalam meter persegi dan telah mendapatkan kelulusan daripada dewan bahasa dan pustaka dari segi tatabahasa. | Pembetulan: PERKHIDMATAN LANDSKAP DAN HORTIKULTUR Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 21.09.2015 |
nasihat untuk mandapatkan kelulusan visual papan iklan berserta ukuran dalam meter persegi, terima kasih | DBP menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Penggunaan bahasa mestilah betul, saiz huruf yang jelas dan diletakkan di bahagian paling atas. Hal-hal teknikal yang lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan. | Lain-lain | 09.06.2015 |
perlukah papan nama kedai yang berukuran 2.5m panjang dan 0.9m lebar dan 1.75m persegi luas perlu memohon lesen iklan papan tanda di permis. Dan jika perlu apakah langkah2 yang patut saya lakukan untuk memohon lesen iklan ini. Berapa bayaran dikenakan untuk memohon lesen. | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Lain-lain | 21.06.2017 |
SAYA NAK BUAT PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN, DAN LAKARAN VISUAL PAPAN IKLAN BERWARNA BERSAIZ A4 BERUKRAN TEPAT DALAM METER PERSEGI HENDAHKLAH KELULUSAN DBP (BORANG B). BOLEHKAH SAYA TANYA BAGAIMANA MEMOHON BORANG B DAN KELULUSAN DBP? TERIMA KASIH | Tuan/puan Bagi pengesahan iklan, borang boleh didapati di kaunter Bahagian Penguatkuasa, DBP, Aras 25, atau tidak perlu menggunakan borang (secara online) terus sahaja layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 27.07.2017 |
Saya ingin memohon pandangan tentang betul atau salah penggunaan struktur bahasa melayu dan maksud "Maritim Malaysia" bagi meringkaskan nama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 1. Adakah betul penggunaan ringkasan ini? kerana maksud maritim malaysia di dalam kamus adalah berbeza dengan tujuan APMM gunakan nama itu dan tidak melambangkan identiti sebuah agensi penguat kuasa. 2. Adakah penggunaan "maritim malaysia" ini sesuai digunakan terhadap sebuah agensi penguat kuasa yang bertaraf antarabangsa? 3. Adakah penggunaan ini memenuhi maksud struktur bahasa melayu bagi menyampaikan maksud oleh APMM? sebagai contoh ayat yang digunakan "Maritim Malaysia adalah merupakan sebuah agensi penguat kuasa maritim yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan Maritim Malaysia seluas 64,000 km persegi". | Pengejaan nama khas dalam bentuk singkatan boleh dibuat dalam dua kaedah, iaitu singkatan seperti yang sedia ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diringkaskan menjadi APMM dan keduanya akronim, bentuk gabungan kependekan yang boleh disebut sebagai perkataan seperti Mara untuk Majlis Amanah Rakyat. Oleh itu, kami berpandangan penggunaan singkatan APMM mencakupi maksud perkataan yang terkandung di dalamnya dan sebarang perubahan nama seperti Maritim Malaysia melibatkan banyak aspek lain khususnya pentadbiran serta perundangan. Dari aspek bahasa, Maritim Malaysia bukan singkatan atau akronim. | Lain-lain | 16.07.2025 |