apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia? | Salam sejahtera, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Persekutuan">Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri' | Lain-lain | 01.12.2012 |
Yang mana betul? A) Pasaraya Jusco B) Pasar Raya Jusco Yang mana betul? A) Leburaya Persekutuan B) Lebuh Raya Persekutuan Terima kasih | Saudara, Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Pasar Raya Jusco ii. Lebuh Raya Persekutuan Kedua-dua perkataan pasar raya dan lebuh raya ialah kata majmuk dan dieja sebagai dua perkataan. | Ejaan | 08.02.2010 |
adakah perkataan bahagian piliihan raya persekutuan dan bahagian pilihan raya negeri perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh: 1) Pada masa ini terdapat sebanyak 222 bahagian pilihan raya persekutuan dan 587 bahagian pilihan raya negeri. 2) Bahagian pilihan raya persekutuan adalah untuk memilih wakil di Dewan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 3) Bahagian pilihan raya negeri adalah untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri. | Terdapat beberapa jenis penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu. Bahagian Pilihan raya dan seumpamanya dikategorikan sebagai nama institusi seperti Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang dimulakan dengan huruf besar. - Bahagian Pilihan raya Persekutuan - Bahagian Pilihan raya Negeri | Lain-lain | 08.09.2017 |
Ayat yang mana betul . "Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) " Atau "Majlis serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Kepada Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP)" | Ayat yang betul ialah Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Bagi bahagian pilihan raya persekutuan, sempadan yang dibuat tidak boleh melangkau atau merentasi sempadan negeri yang lain. Manakala bagi bahagian pilihan raya negeri pula, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua bahagian pilihan raya Persekutuan yang berbeza. Perlukan ayat "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "bahagian pilihan raya negeri" dimulakan dengan huruf besar? | Ya, ayat tersebut perlu dimulakan dengan huruf besar seperti di bawah: 1. Bahagian Pilihan raya Persekutuan 2. Bahagian Pilihan raya Negeri | Lain-lain | 08.09.2017 |
Tuan, merujuk kepada maklumbalas DBP berkenaan dengan penggunaan huruf besar bagi "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "ahagian pilihan raya negeri" pada 08.09.2017, jawapan yang diberikan oleh DBP adalah "Bahagian Pilihan raya Persekutuan" dan "Bahagian Pilihan raya Negeri" iaitu perkataan "bahagian", "pilihan", "persekutuan" dan "negeri" adalah dimulakan dengan huruf besar, namun perkataan "raya" dimulakan dengan huruf kecil digunakan sedangkan ia merupakan nama penuh bagi entiti tersebut. Bolehkah DBP memperjelaskan hal ini? | Ejaan yang betul ialah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri. Berkemungkinan berlaku kesilapan ejaan dalam jawapan sebelum ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |
apa maksud 'persekutuan'? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud persekutuan ialah pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli. Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 30.03.2009 |
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 7 & 11, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Department of Statistics Malaysia State of Pahang, 7th & 11th Floor, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Daru Makmur. mohon pengesahan, adakah betul terjemahan inggeris. adakah alamat di bahagian inggeris perlu italic juga bagi bahasa melayu seperti Jalan Gambut. alamat ini akan diletakkan ke atas kad nama | Alamat yang dinyatakan adalah betul. Walau bagaimanapun, sila betulkan ejaan Darul. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2020 |
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). | 1. Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Syuhada MJ Sep 11th, 4:05pm Salam DBP, adakah "kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan" kata nama khas? bagaimana penulisan yang tepat | Ejaan yang betul ialah Kerajaan Persekutuan. Jika merujuk pada nama khas ialah Kerajaan Negeri, jika umum dieja kerajaan negeri. | Ejaan | 11.09.2014 |