persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. Terima kasih ats penjelasan. | persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. . Kedua-dua frasa "persembahan tamat atau tamat persembahan" adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2017 |
ADAKAH PERKATAAN *UPACARA PERSEMBAHAN* WUJUD? * UPACARA PERSEMBAHAN DEWA BERMULA PADA PUKUL 7AM*. ADAKAH AYAT SEBEGINI BETUL UNTUK BANGSA CINA/INDIA YANG NAK SEMBAH DEWA MEREKA?? | Saudara Hoe, Frasa yang betul ialah 'upacara penyembahan dewa' kerana yang disembah ialah dewa. | Lain-lain | 28.05.2010 |
Apakah maksud persembahan ensit | Tidak ada perkataan ensit dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 01.05.2014 |
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa??? | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya? | Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 22.01.2007 |
Antara dua ayat berikut, ayat manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? a) Penonton-penonton terpesona dengan persembahan tradisional itu. b) Penonton- penonton terpesona oleh persembahan tradisional itu. | Kata sendi nama yang betul ialah oleh/akan. Penonton- penonton terpesona oleh/akan persembahan tradisional itu. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Bagaimana perkataan 'pra persembahan' ditulis? adakah ia dijarakkan, didekatkan atau ditambah 'dash' seperti 'pra-persembahan'? adakah kata 'pra' mempunyai cara umum untuk menggunakannya? | Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Seperti imbuhan lain, awalan pra- dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: prapersembahan, prasiswazah, prasangka, prauniversiti, dan prasarana. Lihat halaman 305-306 buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 05.05.2014 |
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?) | Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ? | Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim. | Lain-lain | 10.05.2016 |
1. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja”.Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 2. “Pertunjukan itu telah jatuh dengan teruknya”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. | Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis, malah cenderung menggunakan bahasa percakapan dalam binaan ayat. Cadangan kami ayat tersebut diubah menjadi, Mereka berpandangan persembahan itu boleh tahan dan Mutu persembahan itu semakin menurun. | Tatabahasa | 05.01.2015 |