Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sia.pan] | ڤرسياڤن

Definisi : 1. perihal bersiap-siap (memper­siapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sia.pan] | ڤرسياڤن

Definisi : perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siap (kata kerja)
Bersinonim dengan selesai, habis, berakhir, tamat, sempurna, beres, usai, sudah jadi;,
Kata Terbitan : bersiap, bersiap-siap, menyiapkan, persiapan, penyiapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt. tuan/puan, saya mohon bertanya.. apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan untuk ..dituliskan pada slide yang kita nak tayang montaj kepada tetamu.. gambar2 sepanjang kejadian, persiapan untuk menyediakan program berkenaan.. sebagai contoh persiapan sepanduk dll. Kalau pancarona..jika dilihat maknanya pelbagai warna..macam tak sesuai.. Terima kasihWaalaikumussalam tuan/puan,
Cadangan perkataan yang sesuai bagi menunjukkan persiapan untuk menyediakan sesuatu program ialah persiapan program.
Sekian terima kasih  
Tatabahasa12.12.2017
Salam, benarkah penggunaan "justeru" dalam ayat ini "Saim akan menduduki UPSR, justeru dia membuat persiapan yang rapi." Sekian, terima kasih.Justeru membawa dua makna, iaitu i: Justeru bernakna kebetulan, tepat, kena benar; dan ii: malahan, bahkan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "oleh Itu". Saim akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Oleh itu, dia perlu membuat persiapan yang rapi.Tatabahasa17.05.2013
saya sedang membuat esei bertajuk keberkesanan budaya senggaraan tentera darat. Apakah persiapan yang saya perlukan untuk memudahkan saya membuat esei tersebut dan apkah bahan-bahan atau isu2 yang saya boleh gunakan? terima kasih.Saudara digalakkan membuat rujukan di Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. Lain-lain10.04.2010
YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCARProses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum.Tatabahasa12.12.2007
Mohon berikan takrifan dan perbezaanistilah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan peperiksaan / penyediaan jawapan peperiksaan"Persediaan bermaksud  perbuatan menyediakan, persiapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang persediaan.  Manakala penyediaan bermaksud perbuatan atau hal menyediakan.

Daripada maksud tersebut, kedua-duanya hampir sama dan pengguna bahasa perlu bijak  menggunakan perkataan mengikut konsep ayat. Frasa yang tepat ialah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan jawapan peperiksaan".
Tatabahasa18.10.2013
Apakah perbezaan antara perkataan di bawah? 1. Penyediaan 2. Persediaan 3. Pembelajaran 4. Pemelajaran Terima kasih.Perbezaan maksud :
1. Penyediaan - Perbuatan atau hal menyediakan (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Contoh ayat: Perkhidmatan penyediaan makanan oleh...
2.Persediaan - Perbuatan atau hal bersedia/persiapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contoh: Mereka membuat persediaan selama beberapa bulan untuk ke sana.
3. Pembelajaran- Lahir daripada kata dasar "ajar" yang membawa maksud proses (kegiatan) belajar.
4. Pemelajaran- Proses mempelajari (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contoh: Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris.
Istilah13.06.2014
saya inginkan kejelasan makna untuk "persepsi dan kesediaan bakal guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran fizik"

Kata persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan ,tanggapan. Oleh yang demikain ayat tersebut bermaksud pandangan dan kesediaan(persiapan) seseorang guru untuk menghadapi tugas mengajar mata pelajaran fizik berbantukan komputer.  

Makna27.01.2008
Saudara/Saudari mohon semak penggunaan ayat seperti surat dibawah: Prof Madya Dr Siti Halijjah Shariff Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Prof Madya Dr, PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr adalah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014. 3. Semoga dengan pelantikan ini Prof Madya Dr dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang. 4. Diharapkan Prof Madya Dr dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya. Sekian, terima kasih.1. Prof Madya Dr. Siti Halijjah Shariff, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis), Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor. Prof. Madya Dr., PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis). Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr. dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014.
3. Semoga dengan pelantikan ini Prof. Madya Dr. dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang.
4. Diharapkan Prof. Madya Dr. dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya.
Tatabahasa29.04.2014
Apakah perbezaan antara semua, seluruh, segala dengan setiap?

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempunyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Tatabahasa04.03.2014
ADAKAH "SELURUH PENDUDUK " TEPAT PENGGUNAANNYA? KALAU TEPAT PENGGUNAAN, KENAPA SELURUH MURID TIDAK BOLEH DITERIMA? MENGIKUT APA YANG SAYA TAHU, SEMUA MURID YANG BETUL PENGGUNAAN. TERIMA KASIH ATAS JAWAPANSeluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Frasa semua penduduk lebih tepat berbanding daripada frasa seluruh penduduk.

Tatabahasa23.07.2013
12

Kembali ke atas