YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCAR | Proses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 12.12.2007 |
ADAKAH "SELURUH PENDUDUK " TEPAT PENGGUNAANNYA? KALAU TEPAT PENGGUNAAN, KENAPA SELURUH MURID TIDAK BOLEH DITERIMA? MENGIKUT APA YANG SAYA TAHU, SEMUA MURID YANG BETUL PENGGUNAAN. TERIMA KASIH ATAS JAWAPAN | Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. Frasa semua penduduk lebih tepat berbanding daripada frasa seluruh penduduk. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Apakah perbezaan antara kata bilangan' semua' 'seluruh' dan 'segala' dari penggunaannya. minta tuan berikan contoh ayat bagi setiap kata bilangan tersebut. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: 1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. 2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara. 3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu. | Makna | 06.04.2011 |