Apakah itu Persidangan Bahasa Dan Sastera ? Apakah tujuan dan matlamat persidangan tersebut ? Apakah objektif utama persidangan tersebut di adakan ? | Persidangan bahasa dan sastera merupakan dua persidangan yang berbeza. Persidangan bahasa menjurus kepada bidang bahasa dan persidangan sastera membicarakan hal-hal sastera. Kebiasaannya persidangan ini tidak dianjurkan secara serentak. Kebiasaannya persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi. Puan boleh mendapatkan maklumat melalui pihak yang terlibat atau boleh membuat rujukan di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Untuk makluman puan , DBP terlibat dengan Persidangan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia diadakan pada bulan April, Persidangan Majlis Sastera Asia Tenggara diadakan pada bulan Oktober dan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu pada bulan September. | Sastera | 05.11.2013 |
Salam sejathera saya ada beberapa soalan yang hendak diajukan ; 1) Adakah persidangan bahasa dan sastera merupakan dua persidangan yang berbeza? ataupun persidangan tersebut dianjurkan serentak? 2) Kementerian manakah yang biasanya menganjurkan persidangan tersebut? 3) Dimanakah saya boleh merujuk salah satu contoh karangan yang menggambarkan suasana dalam majlis persidangan tersebut? terima kasih. | Persidangan bahasa dan sastera merupakan dua persidangan yang berbeza. Persidangan bahasa menjurus kepada bidang bahasa dan persidangan sastera membicarakan hal-hal sastera. Kebiasaannya persidangan ini tidak dianjurkan secara serentak. Kebiasaannya persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk mendapatkan contoh karangan, bolehlah merujuk buku panduan menulis karangan yang boleh didapati di kedai buku. Terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2013 |
Salam sejathera dan salam 1 Malaysia ..saya ingin bertanya, Bilakah persidangan bahasa dan sastera dianjurkan? dan bagaimanakah caranya saya boleh rujuk berkaitan persidangan tersbut?adakah contoh yang boleh dibaca berkaitan persidangan tersebut? | DBP memang sentiasa mengadakan persidangan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera, tetapi buat masa ini tarikh persidangan tersebut masih belum dapat ditetapkan, namun demikian, pihak kami sentiasa membuat siaran di akhbar-akhbar dan juga melalui laman sesawang DBP. Mohon saudara sentiasa membuka laman sesawang DBP untuk mendapatkan maklumat yang saudara kehendaki. Untuk makluman saudara juga, Persidangan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia akan diadakan pada bulan April, Persidangan Majlis Sastera Asia Tenggara akan diadakan pada bulan Oktober dan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu pada bulan September. Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2013 |
1. Apakah maksud Integrity, Trustworthy & Sustainability? 2. Adakah Integrity, Trustworthy & Sustainability boleh dijadikan sebagai tema sesuatu persidangan? 3. Yang manakah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tema persidangan : - Integrity, Trustworthy & Sustainability; atau - Integrity...Sustainable...Trust... | Kesesuaian menentukan tema persidangan terletak pada budi bicara pihak penganjur persidangan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan tema persidangan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2017 |
conference | persidangan | Makna | 08.05.2008 |
maksud 'persidangan'. secara abstrak. | Perkataan persidangan bermaksud perjumpaan untuk membincangkan sesuatu, mesyuarat, rapat. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.07.2008 |
MOHON SEMAK STRUKTUR AYAT INI: PERSIDANGAN INI DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 20 OGOS 2016 BERTEMPAT DI HOTEL........... | Persidangan ini dijangka akan diadakan pada 20 Ogos 2016 di Hotel Merdeka. | Tatabahasa | 01.08.2016 |
Organisasi saya dalam proses untuk menganjurkan persidangan antarabangsa. Oleh itu pihak kami ingin membuat semakan terjemahan bagi tema persidangan kami dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Future of Work: Preparing for Tomorrow Today Terjemahan ke bahasa malaysia: (Terjemahan DBP) Maklum balas pihak dbp amat dihargai. Sekian terima kasih. Shahrul Halim Penolong Pengurus Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja shahrul@epf.gov.my Tel: 03-2616 2237 | Terjemahan yang sesuai bagi Future of Work: Preparing for Tomorrow Today ialah Masa Depan Kerja: Bersedia Hari Ini untuk Esok. | Makna | 23.05.2017 |
Saya berminat untuk menghadiri sebarang seminar/persidangan dsb yang berkaitan bahasa dan sastera. Diharap pihak tuan dapat memberitahu jadual bagi tahun 2008. Terima kasih. | DBP memang sentiasa mengadakan seminar atau persidangan yang berkaitan dengan sastera, tetapi buat masa ini kalendar untuk tahun 2008 masih belum dapat disediakan, namun demikian, pihak kami sentiasa membuat siaran di akhbar-akhbar dan juga melalui laman DBP. Mohon saudara sentiasa membuka laman DBP untuk mendapatkan maklumat yang saudara kehendaki. Ketika ini masih belum ada sebarang seminar atau persidangan dalam perancangan awal tahun ini. | Lain-lain | 08.01.2008 |
Bolehkah istilah 'konferens' digunakan dalam penulisan selain perkataan 'persidangan'? | Perkataan konferens tidak diterima dalam bahasa Melayu. Padanan perkataan conference ialah persidangan. | Tatabahasa | 27.09.2013 |