Nak tanya sama ayat berikut adalah betul ataupun tidak? 1. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut adalah merupakan tempat persinggahan kapal. 2. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. 3. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut ialah merupakan tempat persinggahan kapal. | Ayat yang betul: 1. Fungsi kedua-dua sungai tersebut adalah untuk menjadi tempat persinggahan kapal. 2. Kedua-dua sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. | Tatabahasa | 08.04.2020 |
Pihak kami sedang menjalankan kajian bertajuk 'Stesen Bandar di Bandar Taiping, Perak'. Konsep stesen bandar ini berasal daripada negara Jepun iaitu 'Machinoeki' (Human station) di mana kedai-kedai atau bangunan awam seperti bangunan kerajaan menyediakan perkhidmatan tandas percuma, informasi bandar, dan tempat rehat (seperti menyediakan kerusi) supaya boleh digunakan sebagai tempat persinggahan bagi sesiapa sahaja termasuk pelancong dan penduduk tempatan. Istilah 'Stesen Bandar' diguna pakai di dalam kajian ini setelah istilah 'Human Station' diterjemah secara langsung kepada Bahasa Melayu. Soalan kami di sini adakah perkataan 'stesen' sesuai digunakan bagi menerangkan konsep di atas? Ini kerana, melalui semakan yang dibuat di laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'stesen' bermaksud: (1) tempat khas bagi kenderaan penumpang; ATAU (2) bangunan atau binaan tempat memancarkan siaran radio atau tempat membekalkan tenaga elektrik Sehubungan dengan itu pihak kami memohon khidmat nasihat pihak DBP mengenai penggunaan perkataan 'stesen' di dalam konsep yang diterangkan di atas. Sekian, terima kasih. | Daripada penerangan konsep yang diberikan berhubung dengan penggunaan Human Station, pihak kami mencadangkan menggunakan perkataan Pusat Perkhidmatan atau Pusat Kemudahan berbanding dengan menggunakan stesen bandar. | Tatabahasa | 15.08.2017 |
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching. | Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal. | Tatabahasa | 21.07.2011 |