persisiran | persisiran | Ejaan | 03.08.2011 |
Boleh tolong jelaskan penggunaan perkataan 'persisiran' dan 'pesisiran'? Manakala dalam konteks ayat berikut pula, adakah betul?; Semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk kebersihan persisiran pantai di negara kita. | Penggunaan persisiran dan pesisiran, harus dilihat dari segi makna penggunaannya seperti di bawah: 1. Persisiran bermaksud daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. 2. Pesisiran bermaksud kawasan pantai yg datar dan berpasir. 3. Ayat yang lebih tepat: Semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk memastikan kebersihan persisiran pantai di negara kita terpelihara. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
adakah ayat ini betul? Saya membina istana pasir di persisiran pantai. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna persisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, manakala makna pantai ialah tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar). Oleh yang demikian ayat yang lebih tepat ialah ' Saya membina istana pasir di persisiran' atau 'Saya membina istana pasir di pantai'. | Tatabahasa | 10.08.2009 |
perkataan pesisiran betul atau persisiran yang betul?terima kasih | Jawapan yang betul ialah persisiran. | Lain-lain | 11.08.2010 |
Apakah perbezaan antara pesisiran dan persisiran? Dalam buku teks BM sjk(c) tahun 3 menggunakan pesisiran. Tetapi ada guru yang mempertikaiannya. Saya telah membuat semakan dalam kamus dbp. Kedua-duanya sama maksud. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak dbp sendiri. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ejaan yang betul ialah persisiran. Maksud persisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. | Istilah | 04.09.2012 |
Ejaan persisiran atau pesisiran. Berdasarkan Kamus Komprehensif Bahasa Melayu oleh Arbak Othman disemak oleh Nik Safiah Karim ejaannya ialah pesisiran manakala di dalam khidmat nasihat DBP ialah persisiran. Harap mendapat maklumbalas. | Ejaan yang betul ialah pesisiran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 127. | Ejaan | 09.09.2008 |
Saya membina istana pasir di persisiran pantai. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna pesisiran ialah daratan di sepanjang tepi laut, manakala perkataan pantai bermaksud tebing atau tepi laut. Oleh yang demikian, ayat yang lebih tepat ialah ' Saya membina istana pasir di persisiran' atau 'Saya membina istana pasir di pantai'. | Tatabahasa | 10.08.2009 |
"waterfront" adakah sesuai digunakan kawasan dermaga sekiranya ia berunsur kawasan peranginan dan tempat release tension | Dalam pangkalan data kami terdapat contoh penggunaan waterfront city yang diterjemahkan kepada bandar persisiran, bermaksud padanan waterfront ialah persisiran. | Istilah | 30.05.2011 |
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan? | Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. | Tatabahasa | 15.07.2011 |