Mohon pandangan tuan bagi kesesuaian untuk pusat yang menjalankan aktiviti persolekan. Manakah lebih sesuai.."pusat persolekan" atau "pusat kecantikan" atau "pusat rawatan kelangsingan dan kecantikan." TK | Frasa "Pusat Kecantikan" menerangkan aktiviti yang berkaitan dengan kecantikan (termasuklah muka dan tubuh badan), manakala "Pusat Persolekan" menerangkan aktiviti yang berkaitan persolekan (lazimnya muka). Kedua-duanya betul mengikut pengkhususan setiap aktiviti. Frasa yang betul ialah "Pusat Rawatan Kecantikan dan Pelangsingan" khusus untuk aktiviti yang berkaitan dengan rawatan kecantikan (muka dan badan) dan pelangsingan (tubuh badan). | Tatabahasa | 25.08.2011 |
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production | 1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acara | Istilah | 06.04.2012 |
Selamat Pagi admin... No. Pendaftaran : 4927/2011 Pemohon : norhasimah Syarikat : Kool Kutz Inc Sdn Bhd Tajuk : salun kool kutz inc Tarikh Selesai : 05/09/2011 Status : TIDAK LULUS saya ingin mendapat penjelasan tentang permohonan saya di atas...sebab-sebab mengapa tidak mendapat kelulusan daripada pihak dbp, dan apa yang harus saya buat untuk mendapat kelulusan daripada dbp untuk iklan ini. Sila beri penjelasan.... terima kasih.. | Permohonan tersebut tidak diluluskan kerana keterangan aktiviti yang dikemukakan tidak jelas. Penggunaan perkataan "SALUN" sahaja tidak menggambarkan aktiviti/jenis perniagaan yang diusahakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Salun" bermaksud ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan. Oleh yang demikian, cadangan keterangan aktiviti yang baharu ialah Salun Dandanan Rambut atau Salun Kecantikan atau Salun Persolekan. | Lain-lain | 07.09.2011 |