SPLIT PERSONALITY | (i) PERSONALITI BAHAGI DUA (ii) PERSONALITI BERBELAH BAGI (iii) PERSONALITI BERPECAH | Istilah | 07.04.2011 |
MULTIPLE PERSONALITY DISORDER | KECELARUAN PERSONALITI BERGANDA | Istilah | 07.04.2011 |
Big 5 Personality digunakan dalam bahasa malaysia adakah Personaliti Lima Besar atau Personaliti Lima Utama? Mohon penjelasan | Cadangan padanan jawapan bagi ayat "Big 5 Personality" ialah "Lima Sifat Utama Personaliti". | Lain-lain | 25.07.2023 |
salam. apakah terjemahan yang sesuai utk terma-terma berikut: 1. trait personality 2. neuroticism 3. extraversion 4.conscientiousness 5. opennes to experience 6. agreeableness. 7. learning experience 8. conformity to gender role norms 9. sensing 10. intuition 11.mastery experience 12. vicarious experience 13. social persuasions 14. physiological states 15. outcome expectation 16. body of knowledge 17. type indicator terima kasih. t.kasih. | Dalam bidang perubatan paranoid personality trait diterjemahkan kepada trait personality paranoid, lihat personality">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=trait+personality+ untuk maklumat lanjut, neuroticism diterjemahkan kepada neurotisisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=neuroticism dan extraversion diterjemahkan kepada ekstraversi, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=extraversion. Untuk nombor 4 hingga 17, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. Soalan yang tidak ada dalam pangkalan data kami bolehlah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat Bahasa dan jelas kan konsep perkataan tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai. | Tatabahasa | 27.06.2013 |
Salam, boleh saya tahu istilah Melayu, atau apa2 dialek Melayu untuk ; "bitter attitude/sour personality" & "belligerent" | Menurut Kamus Bhasa Inggeris-Melayu Dewan, maksud belligerent ialah negara, pihak, orang [as appropriate]/ yang sedang berperang. Manakala untuk terjemahan bitter attitude/sour personality, sila berikan dengan contoh ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai dengan konteks ayat. | Makna | 19.06.2020 |
Soalan terperinci saya - Mengenai istilah penggunaan perkataan TRET iaitu rata-rata pengkaji menggunakan istilah Personaliti TRET atau dalam bahasa inggeris Personality Traits. Justeru, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu saya samada perkataan tersebut boleh digunapakai atau tidak. Terima kasih | Perkataan "Traits" dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan kepada "ciri" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 29.08.2019 |
Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070 | Untuk makluman YBhg. Prof., DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2021 |
Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070 | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 25.06.2021 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan penggunaan istilah/perkataan yang betul atau lebih tepat: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun Pertubuhan Bangsa Bersatu. 2. Untuk tujuan penulisan, mana yang lebih sempurna: 'cuma' atau 'hanya'? 3. Adakah terdapat istilah bahasa Melayu (bukan pinjaman) selain daripada perkataan 'prosiding' dalam bahan terjemahan daripada 'proceedings'? 4. Yang mana satu terjemahan yang lebih sempurna: daripada 'English' kepada 'Inggeris' atau 'bahasa Inggeris'? 5. Bolehkah 'legal personality' diterjemahkan kepada 'perwatakan perundangan'. Jika tidak, apakah terjemahan yang tepat? Ribuan terima kasih. Semoga khidmat ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dan pencinta bahasa Melayu. | i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (nama khas) 2. Kedua-dua perkataan boleh digunakan. 3. Maksud proceeding ialah tindakan undang-undang, perjalanan(course of action), rekod. 4. bahasa Inggeris 5. keperibadian undang-undang | Lain-lain | 07.06.2008 |