Salam sejahtera ! Tengkolok yang dipakai oleh DYM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan/penabalan berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soalan: "pertabalan @ penabalan" yang tepat Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, pertabalan bermaksud perihal menaiki takhta kerajaan, manakala penabalan bermaksud perihal merasmikan (mengumumkan) menjadi raja. Berdasarkan konteks ayat tersebut, pertabalan lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 15.05.2017 |
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. (Soalan saya ialah penggunaan perkataan pertabalan/penabalan. Manakah satu betul?Tolong berikan penjelasannya.) | Saudara, Perkataan pertabalan bermaksud perbuatan atau hal bertabal. Perkataan penabalan ialah perbuatan menabalkan.Oleh itu pemilihan perkataan ini bergantung pada masud yang hendak disampaikan, sama ada hal bertabal atau perbuatan menabalkan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTI | Teks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
Apakah perbezaan konsep pelantikan, pertabalan dan pemahkotaan untuk golongan raja? | Sila rujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maksud setiap perkataan dan perbezaan antara ketiga-tiga perkataan yang tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2017 |
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasih | Selamat ptg: Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut: DAULAT TUANKU, MERAFAK SEMBAH, UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, SEMBAH TAKZIM, DARIPADA | Lain-lain | 08.11.2016 |
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. Boleh berikan sebabnya. Terima kasih. | Encik Ming Hui, Saya kurang jelas soalan yang ingin ditanyakan, namun mengikut fahaman saya mungkin Encik mahu tahu makna bersemayam. Bersemayam maksudnya duduk di tempat yang dikhaskan. Perkataan ini tergolong dalam bahasa Istana. | Makna | 06.07.2010 |
Apakah maksud jubli perak & jubli emas? Adakah wujud perkataan jubli intan? | Jubli ialah Perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa(hari perkahwinan, hari pertabalan raja,dll):Jubli Perak,(kedua puluh lima), Jubli Emas(kelima puluh),Jubli Intan(keenam puluh) | Makna | 22.02.2007 |
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan) | Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik. | Tatabahasa | 12.04.2008 |
Salam, saya ingin bertanya apakah gelaran jubli yang betul untuk sambutan perayaan 100 tahun sesebuah sekolah?.. Jutaan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini.. | Jubli ialah Perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa(hari perkahwinan, hari pertabalan raja,dll): Jubli Perak,(kedua puluh lima), Jubli Emas(kelima puluh) dan Jubli Intan(keenam puluh). Cadangan kami: Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Sekolah Menengah Kuala Besut, Terengganu. | Lain-lain | 17.05.2017 |
Assalamualaikum, mohon penjelasan antara pemahkotaan dan kemahkotaan yang mana lebih tepat (betul) penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Pemahkotaan bermaksud perihal perihal (perbuatan, upacara dan sebagainya) memahkotai raja. Kemahkotaan bermaksud memahkotai raja, iaitu meletakkan mahkota di kepala raja sebagai tanda raja tersebut dinobatkan sebagai raja; atau lazimnya disebut pertabalan. | Makna | 16.03.2015 |