Yang manakah betul? Minta penjelasan lanjut. A1. Pertandingan bercerita. A2. Pertandingan cerita. A3. Pertandingan penceritaan. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. B3. Pertandingan pelukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. C3. Pertandingan pemasakan. D1. Pertandingan menyanyi. D2. Pertandingan nyanyian. D3. Pertandingan bernyanyi. D4. Pertandingan penyanyian. E1. Pertandingan mengarang. E2. Pertandingan karangan. E3. Pertandingan pengarangan. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. F2. Pertandingan deklamasi sajak. F3. Pertandingan pendeklamasian sajak. G1. Pusat membeli-belah. G2. Pusat beli-belah. | A1. Pertandingan bercerita. Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. D1. Pertandingan menyanyi. E1. Pertandingan mengarang. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. G. Pusat beli-belah. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk makna perkataan bagi frasa di atas. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas? | 1. Yang betul ialah a) dalam hati b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita d) Pertandingan Bahas 2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
betul atau salah? pertandingan bercerita pertandingan mewarna sudut bacaan pertandingan mengarang | 1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. Oleh itu, untuk dua lagi pertandingan perlu ditukar menjadi pertandingan mewarnakan lukisan dan pertandingan mengarang esei. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan. | Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak. 1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 2. Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: | Tatabahasa | 09.02.2010 |
Yang mana betul sebenarnya? (i)pertandingan bercerita atau (ii)pertandingan cerita. Jika (i) yang betul, mengapakah imbuhan ber- digunakan, bukan imbuhan me- seperti (iii)pertandingan menyanyi ? | 1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. 2. Pertandingan cerita digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 3. Pertandingan Menyanyi atau Bernyanyi. Dalam konteks ini kata menyanyi lebih biasa digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2008 |
Yang mana betul, 'Pertandingan Menyanyi atau Pertandingan Nyanyian. | Kedua-duanya betul, iaitu Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Menyanyi. | Tatabahasa | 27.02.2010 |
Selamat sejahtera. Frasa pertandingan bercerita dan pertandingan memancing adalah salah. Apakah frasa yang sepatutnya digunakan? | Frasa "pertandingan bercerita" dan "pertandingan memancing" betul dan kedua-dua frasa ini telah banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 18.06.2013 |
Boleh tak berikan kepastian( yang bermaksud kepada pertandingan murid menyampaikan cerita yang biasanya dipertandingkan di sekolah-sekolah), pertandingan cerita atau pertandingan bercerita. Dalam kamus dewan bahasa yang terbaru ( merah )menyatakan pertandingan cerita tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh khidmat bahasa dewan bahasa ialah pertandingan bercerita. Pening kepala saya??? | Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. | Tatabahasa | 24.04.2009 |
Saya ingin bertanya, yang mana satukah ayat yang betul? 1. Pertandingan cerita atau.. 2. Pertandingan bercerita | Kedua-duanya betul. Sekiranya pertandingan untuk memilih cerita terbaik sama ada cerita pendek atau cerita seram, pertandingannya ialah Pertandingan Cerita Pendek atau Cerita Seram. Sekiranya melibatkan pencerita dan tujuan pertandingan adalah untuk memilih pencerita dan cerita terbaik maka pertandingannya ialah Pertandingan Bercerita. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Manakah rangkai kata yang betul , pertandingan berenang atau pertandingan renang ? Bolehkah membuat penerangan ? Terima kasih | Pertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. Sebaliknya sekiranya kata itu merujuk kepada benda, contoh: panah - Pertandingan memanah. Sekiranya imbuhan tidak dibubuh kata atau frasa tersebut akan merujuk kepada benda (panah) tersebut. | Lain-lain | 21.04.2009 |