Saya ingin bertanya mengenai hukum DM bagi terjemahan "pool betting" sama ada "pertaruhan kumpulan wang" atau "kumpulan wang pertaruhan" jika konsepnya mengenai wang yang dikumpul yang dipertaruhkan bagi sesuatu peristiwa yang ditetapkan. Perlu jawapan sebelum 18.7.2014 | Kumpulan wang pertaruhan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |
Penterjemahan mengenai istilah 'pool betting'. Pool Betting Act 1967(Act 384) sebelum ini diterjemahkan sebagai "Akta Pertaruhan Pool 1967". Saya sedang menyemak Akta ini, memandangkan Pool adalah bahasa Inggeris saya bercadang perkataan pool dieja condong. Walau bagaimanapun, lebih wajar jika dimelayukan. Mohon cadangan. .Terima kasih. Perlu jawapan sebelum 2.7.2014. | Pool dalam konteks ini dapat diterjemahkan sebagai "kumpulan wang". Maka, cadangan yang dapat diberikan ialah "Akta Kumpulan Wang Pertaruhan 1967". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2014 |
Terjemahan bagi istilah "odds" dalam konteks Pool Betting Act 1967 (Akta 384). Perlu jawapan sebelum 2.7.2014. | Pool dalam konteks ini dapat diterjemahkan sebagai "kumpulan wang". Maka, cadangan yang dapat diberikan ialah "Akta Kumpulan Wang Pertaruhan 1967". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2014 |
Apakah terjemahan perkataan yang bersesuaian bagi perkataan 'sweepstake'? Dalam Kamus Dwibahasa DBP perkataan tersebut diterjemahkan sebagai 'cepu lumba kuda'. Walau bagaimanapun dalam terjemahan 'Racing Club (Public Sweepstakes) Act 1965' perkataan 'sweepstakes' diterjemahkan sebagai 'ambil tagan' Adakah tepat menggunakan perkataan 'ambil' di hadapan perkataan 'tagan' atau adakah perkataan 'tagan' boleh berdiri dengan sendiri? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "sweepstake" diterjemahkan sebagai cepu lumba kuda. "Tagan" pula bermaksud wang (barang dan lain-lain) yang dipertaruhkan dalam perjudian, pertaruhan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan "tagan" boleh berdiri sendiri atau menggunakan perkataan "ambil" di hadapannya. | Lain-lain | 14.02.2019 |
Apakah perbezaan antara mula dan mulai? | Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini. Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? | Makna | 18.02.2013 |
"Beberapa bulan kemudian, padi mula menguning","Beberapa bulan kemudian, padi mulai menguning". Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan di antara "mula" dengan "mulai" dan bagaimanakah penggunaannya? Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini. Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? Beberapa bula kemudian, padi mulai menguning. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu. | Lain-lain | 23.10.2014 |
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan? | stakeholder | n 1. (in betting, race) pemegang taruh; 2. (leg.) pemegang amanah harta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan | stakeholder | pihak berkepentingan | Pentadbiran | Pengurusan | - | Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. | Makna | 26.03.2018 |