Pelaku pertarungan dipanggil petarung atau penarung? | Ejaan yang betul ialah penarung. | Ejaan | 05.08.2022 |
Adakah 'tentang' harus ada dalam ayat berikut? Kita akan mempelajari tentang pertarungan. Terima kasih. | Perkataan tentang boleh hadir dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.05.2014 |
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda. | Makna | 01.12.2021 |
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "dogfighting ring" dan acara "dogfighting" itu sendiri, yang kebiasaannya menjalankan aktiviti berjudi atas pertarungan antara anjing-anjing secara haram (bawah tanah). Terima kasih. | Padanan bagi istilah dogfighting ialah laga anjing dan gelanggang laga anjing bagi istilah dogfighting ring.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.08.2022 |
Say aagak musykil untuk terjemah "adventure film" dan "swashbuckler film" yang kedua-duanya bermaksud "filem kembara. Tapi jika ikut istilah bahasa Inggeris, swashbuckler adalah subgenre adventure. "Swashbuckler film" bermaksud subgenre genre filem pengembaraan, yang sering dicirikan oleh pertarungan pedang dan watak-watak kepahlawanan, yang dikenali sebagai swashbuckler. Manakala "adventure film" pula unsur plot utama merangkumi pencarian benua yang hilang dan suasana eksotik; perjuangan dan situasi yang menghadapi watak-watak utama, penciptaan kerajaan, watak-watak yang memulakan pencarian harta karun dan kepahlawanan, pencarian (quest), penerokaan, pencarian dan pencarian yang tidak diketahui biasanya juga harus mengatasi musuh. Jadi bagai mana terjemahan yang sesuai untuk membezakan kedua-dua itilah yang hampir sama ini? Adakah kekalkan "swashbuckler film" sebagai "filem swashbuckler"? | Padanan bahasa Melayu untuk "adventure film" ialah filem kembara manakala "swashbuckler film" ialah filem kepahlawanan. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 02.09.2020 |
Ahmad dan Navin menonton pertunjukan udara. atau Ahmad dan Navin menyaksikan pertunjukan udara. ( Gambar yang ditunjukan mereka tengok secara langsung, bukannya di TV. | Kedua-dua ayat adalah betul. Mengikut Kamus Dewan: menyaksikan | 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; membenarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. | menonton | menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; | | Lain-lain | 21.09.2014 |