Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?"1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggalEjaan19.08.2013
perkataan internet ditulis Internet atau internet. Saya pernah diberitahu bahawa perkataan tersebut perlu ditulis dengan huruf 'i' besar ('I') sama ada di awal ayat atau di pertengahan ayat.

Internet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.

Ejaan29.05.2009
BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBEZAKAN E PEPET DAN E TALING DALAM TULISAN JAWIDalam tulisan Jawi, e pepet pada awal kata diwakili huruf ا  seperti ejaan امق  dan pada pertengahan kata tidak diwakili huruf seperti ejaan بله . Huruf e taling pula pada awal kata diwakili huruf اي  seperti ejaan ايلق  dan pada pertengahan kata diwakili huruf ي  seperti ejaan ميره .Ejaan17.04.2013
Salam... Ayat berikut dikatakan ada kesalahan. Boleh pihak tuan nyatakan kesalahan tersebut. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 


dibekalkan- perkataan ini tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan yang sesuai ialah ' diberikan'.

2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.

'masih' kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'tetap'.
Tatabahasa18.09.2012
Kesalahan penggunaan kata 'ianya' di awal ayat.Di awal atau pertengahan ayat hanya kata ia sahaja yang betul dan boleh digunakan kerana ia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata ianya salah tidak boleh digunakan langsung kerana nya juga ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sekiranya ia + nya disekalikan, maka akan terjadi unsur lewah.Tatabahasa07.02.2010
Assalammualaikum Tuan, saya Azmel bin Azid ingin bertanyakan soalan pada Pihak Tuan. Pada pertengahan bulan 7 yang lalu, saya telah pun pergi temuduga kerja untuk jawatan juruteknik mekanikal J17 (kontrak) di Menara DBP Kuala Lumpur. Jadi sy ingin bertanya kepada Pihak Tuan, bilakah tarikh keputusan temuduga itu akan dikeluarkan oleh Pihak Tuan. Sekian, terima kasih.Mualaikumsalam wbt, TErima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman saudara, laporan keputusan temuduga tersebut akan diketahui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat yang dijadualkan akan bersidang pada akhir Oktober 2007. Saudara akan dimaklumkan melalui surat daripada pihak kami sebaik sahaja keputusan tersebut telah disah dan diperakukan.Lain-lain06.08.2007
Salam..antara kedua-dua frasa ini, yang manakah betul? 1. kencundang di tengah jalan 2. kecundang di pertengahan jalan Sekian, terima kasih.Kedua-dua frasa di atas betul.Tatabahasa07.11.2012
Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betulKata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. Tatabahasa29.07.2011
Assallamualaikum saya Saiful Bahari Bin Ahmad bekas Prof.Madya yang mengajar di Tokyo Universiti of Foreign Studies,Tokyo.Begini pada pertengahan bulan lepas saya telah dihubungi oleh seorang pegawai DBP berhubung tentang soal pembayaran royalti bagi buku Kenangan untuk Profesor Shoho Isamu.Menurutnya cek telah dikirimkan ke alamat saya di Jepun tahun lalu tapi telah dikembalikan kerana saya telah berpindah ke Malaysia .Segala butiran peribadi telah saya berikan yaitu no akaun ,no KP dan lain lain untuk pengiriman semula royalti tersebut.Namun sehingga kini saya belum menerima apa apa maklum balas tentang perkara tersebut.Harap Maklum.Terima Kasih.Untuk  makluman tuan, pihak kami sudah mengurus semula bayaran royalti untuk buku tuan itu.  Bayaran tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tuan pada 9 Julai 2013. Mohon tuan hubungi kami lagi sekiranya berlaku masalah selepas tarikh tersebut.Lain-lain04.07.2013
Surat Tuan sudah diterima. Wajarkah huruf pertama kata tuan dalam ayat ini menggunakan huruf besar?Kata tuan pada pertengahan ayat ditulis dengan huruf kecil sahaja.Ejaan25.08.2011
1234

Kembali ke atas