Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.to.lo.ngan] | ڤرتولوڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk meno­long, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.to.lo.ngan] | ڤرتولوڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Peribahasa

Kini gatal besok digaruk.

Bermaksud :

Pertolongan yang terlambat datang.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asalamualaikum tuan. Saya disini, ingin belajar Bahasa Melayu. Walaupun saya berbangsa Melayu, tetapi saya kurang mahir berbahasa Melayu. Tetapi, saya telah berusaha sendiri untuk mempelajari Bahasa Melayu. Saya memerlukan pertolongan Encik, pertolongan dari segi awalan, akhiran apitan bagi frasa kerja. Saya sudah mempelajarinya, di buku Tatabahasa Edisi dewan ke-3. NAmun, saya pening bila perlu menggunakan awalan sahaja, akhiran sahaja, apitan meN-...-i/kan, dan amat hargai jika Encik Boleh membantu memperjelaskan pada saya, cara mengetahuinya. Jikalau dalam bentuk file pun tidak mengapa.Untuk makluman, buku yang sesuai dirujuk ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekiranya tuan memerlukan penerangan lebih lanjut mengenai perkara ini, tuan boleh menyertai kursus tatabahasa yang dianjurkan oleh Akademi DBP.Tatabahasa25.08.2012
Minta pertolongan bagi terjemahan jawatan -Senior Legal Advisor- ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah Penasihat Kanan Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang atau Pegawai Perundangan?Senior Legal Advisor diterjemahkan sebagai Penasihat Kanan Undang-undangEjaan24.07.2002
Saya memerlukan pertolongan penterjemah (Bhs Melayu-Bhs Inggeris). Dokumen yang perlu diterjemah adalah Sijil Perkahwinan. Ini adalah untuk aplikasi visa ke New Zealand. Adakah orang yang boleh tolong saya? Saya perlu tahu berapa lama and berapa kos untuk perkhidmatan ini. Terima Kasih/Coco

Khidmat Nasihat Bahasa tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel www.terjemah@tm.net.my. Urusan tentang terjemahan termasuklah jumlah bayaran yang dikenakan boleh berbincang dengan Puan Suzana atau Puan Saodah.

 

Lain-lain06.07.2011
Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul?

1. Dia menjerit meminta tolong.

2. Dia menjerit meminta pertolongan.

Kedua-dua ayat adalah betul.

Tatabahasa07.03.2011
soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat.Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda".Tatabahasa03.01.2013
Contoh ayat: Tuhan (Pencipta) menghulurkan pertolongan/bantuan kepada umat-Nya (makhluk ciptaan-Nya). Tuhan memakbulkan doanya dengan membantu/menolongnya terlepas daripada pemenjaraan. apakah jawapan saudara dan sila huraikan jawapan saudara yang boleh membantu saya melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.Merujuk Kamus Dewan perkataan pertolongan sama maksudnya dengan bantuan dan begitu juga dengan membantu sama maksudnya dengan menolong. Oleh itu, tidak ada perbezaan maksud bagi kedua-dua pasangan kata tersebut.Makna11.01.2012
Soalan 1: Ayat : Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Pilihan Jawapan : A. mempelajari tentang kaedah asas B. mempelajari kaedah asas Saya inginkan kepastian sama ada perkataan tentang perlu digugurkan atau tidak dengan adanya imbuhan men- -i. Soalan 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Perlukah penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas ? Mohon penjelasan. TERIMA KASIH.

1.  Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara.
Jawapan yang betul ialah B. mempelajari kaedah asas. Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek.  

2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara.

Kata sendi ”di” tidak perlu digunakan dalam ayat di atas kerana kata sendi tersebut menunjukkan arah dan tempat. Ayat yang betul ialah " Kami mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara."

Tatabahasa03.06.2013
Saya ingin minta pertolongan untuk menterjemahkan "Beef Blood Cubes". Terima kasihIstilah Beef Blood Cubes tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila hubungi kami semula dan terangkan konsep istilah berkenaan dan konteks penggunaannya untuk kami cari padanan yang sesuai bagi istilah tersebut. Lain-lain31.12.2010
Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif?Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. Tatabahasa03.08.2008
Salam, dalam kamus Dewan perkataan "Inayat" bermaksud pertolongan Tuhan, namun lazimnya "inayah" yang digunakan dalam teks ayat. Jadi, pada pandangan tuan, yang manakah lebih tepat?Bahasa Melayu mengambil perkataan inayat dengan ejaan yang sedemikian. Oleh itu, dalam teks bahasa Melayu ejaan inayat yang diterima pakai. Penggunaan perkataan inayah dalam teks terutamanya teks agama dipengaruhi oleh bahasa Arab kerana perkataan tersebut boleh menjadi inayat dan boleh menjadi inayat berdasarkan kedudukan/fungsinya dalam ayat.Tatabahasa12.04.2012
12345

Kembali ke atas