Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tua] | ڤرتوا

Definisi : ark 1. tua-tua (orang yg dipandang atau dianggap tua); 2. = Yang Di~ ketua, pemim­pin: dlm mesyuarat agung itu ia telah dipilih menjadi Yang Di~ Kesatuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon Ejaan yang Digunakan oleh Unit Adat Istiadat JPMYang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Besar Yang di-Pertua Negeri Yang di-pertuan Muda Yang di-Pertua Dewan Negara Yang di_pertua Dewan Rakyat Yang di-PertuaEjaan05.09.2013
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasihEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan01.10.2012
Ejaan yang betul untuk Yang di-Pertuan Negeri atau Yang di-Pertua Negeri

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.

Ejaan21.04.2011
Salam sejahtera. Saya Chai; 22; dari Taiping; siswa Pergigian di USM Kampus Kesihatan. Merujuk bahagian dalam petak oren pada gambar yang dilampirkan, bukankah istilah yang tepat bagi Dewan Rakyat, Dewan Negara ialah "Yang di-Pertua"? Saya juga mengalu-alukan pihak tuan/puan memberi pencerahan tentang mana-mana kesiilapan tatabahasa/struktur ayat pada mesej ini. Terima kasih.Tiada lampiran yang disertakan. Walau bagaimanapun, seperti yang tuan sedia maklum "Yang di-Pertua Dewan Rakyat" dan "Yang di-Pertua Dewan Negara", batul.Tatabahasa21.08.2014
Yang Dipertua PIBG atau Yang dipertua PIBG atau Yang Di pertua PIBG atau Yang DiPertua PIBG yang mana satu betul? terima kasihEjaan yang betul ialah Yang Dipertua PIBG.Ejaan16.10.2003
Mengapakah gelaran Gabenor yang digunapakai pada tahun 1957 (selepas kemerdekaan) berubah menjadi Yang di-Pertua Negeri (Tuan Yang Terutama) pada tahun 1975 iaitu sewaktu pemerintahan Tun Dato' Haji Sardon Bin Haji Jubir (YDPN Pulau Pinang yang keempat).Kami mencadangkan tuan merujuk Kerajaan Negeri kerana setiap negeri mempunyai struktur pentadbiran dan gelaran yang berbeza.Lain-lain19.01.2022
Salam. Saya ingin bertanya, bagi persatuan di universiti, yang man satu betul penggunaanya. Yang Di-Pertua atau Yang Dipertua ataupun tidak kisah yang mana satu (dua-dua dibolehkan)?Bentuk Yang Dipertua digunakan dalam konteks Yang Dipertua majlis(pihak berkuasa tempatan), persatuan atau pertubuhan.Ejaan01.04.2015
Apakah ejaan sebenar bagi penggunaan perkataan berikut? 1. Rejimen Renjer Diraja @ Rejimen Renjer DiRaja? 2. Yang DiPertua @ Yang Dipertua @ Yang di-PertuaSaudara/saudari,

1. Rejimen Renjer Diraja

2. Yang Dipertua
Ejaan22.09.2012
(Sambungan) ... Saving 13. Nothing in this Act shall affect the rights of the Yang di-Pertuan Agong, the Rulers or yang di-Pertua Negeri or of any body politic or corporate or of any other persons except such as are mentioned in this Act and those claiming by, from or under them.” 3. Saya juga memohon khidmat nasihat Tuan sama ada imbuhan “kan” perlu digunakan bagi perkataan “memindah” seperti mana peruntukan di bawah seksyen 3 Akta yang sama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu di bawah: “Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak 3. Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam Bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, (memindahkan hak milik / memindah milik), ... (Bersambung)Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan  teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2022
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ?Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan07.08.2014
12

Kembali ke atas