Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? -Yang Dipertuan Agong -Yang Di-pertuan Agong -Yang di-pertuan Agong -Yang di-Petuan AgongEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan04.03.2016
Mohon Ejaan yang Digunakan oleh Unit Adat Istiadat JPMYang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Besar Yang di-Pertua Negeri Yang di-pertuan Muda Yang di-Pertua Dewan Negara Yang di_pertua Dewan Rakyat Yang di-PertuaEjaan05.09.2013
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ?Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan07.08.2014
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu?

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul.

Lain-lain29.05.2010
Ejaan yang betul untuk Yang di-Pertuan Negeri atau Yang di-Pertua Negeri

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.

Ejaan21.04.2011
YANG DI-PERTUAN AGONGYANG DI-PERTUAN AGONGTatabahasa29.09.2010
Dengan segala hormatnya dato'/tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Soalan: Adakah ejaan dato'/tuan/puan itu perlu huruf besar atau kecil (huruf d, t dan p)?Ejaan Dato' sahaja huruf besar kerana gelaran tersebut gelaran khas yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong/Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang di-Pertuan Negeri.Lain-lain02.02.2017
Bolehkah kita menggunakan perkataan Agong sahaja tanpa gelaran Yang di-Pertuan di hadapan perkataan Agong dalam penulisan artikel pendek?Dalam perspektif penulisan artikel sama ada pendek atau panjang, gelaran Yang di-Pertuan perlu diletakkan di hadapan perkataan Agong sebagai merujuk pada panggilan hormat.Lain-lain31.07.2024
Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang?Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua NegeriIstilah24.06.2007
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong".Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan AgongEjaan14.05.2007
1234567

Kembali ke atas