| pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)? | Frasa “pertubuhan bukan kerajaan (NGO)”, dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan, kecuali nama ini digunakan sebagai tajuk atau dikhususkan untuk sesuatu. | Tatabahasa | 16.08.2025 |
| selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih. | 1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. 2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. 3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. 4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat. | Istilah | 02.04.2010 |
| Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat di bawah: 1. Naib Pengerusi Kelab Abu Hurairah atau naib pengerusi Kelab Abu Hurairah 2. Sebuah kelab Pertubuhan Bukan Kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan | Penggunaan huruf yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Naib Pengerusi Kelab Abu Hurairah 2. Pertubuhan Bukan Kerajaan (Huruf besar digunakan pada pangkal perkataan bagi Kata Nama Khas) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147 - 151 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1697. | Tatabahasa | 08.04.2025 |
| Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang paling tepat dan boleh digunakan secara meluas bagi "non-governmental organisation (NGO)"? Dalam carian di PRPM, istilah ini diterjemah sebagai badan bukan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Terima kasih. | Dalam bidang Sains Politik digunakan istilah Organisasi BUkan Kerajaan, bidang Pentadbiran pula menggunakan istilah Badan Bukan Kerajaan, maka kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan. Istilah Pertubuhan Bukan Kerajaan juga digunakan dalam kamus, namun kami mencadangkan tuan mengambil data daripada bidang peristilahan. | Tatabahasa | 15.01.2015 |
| Saya terbaca frasa “lain-lain NGO” dalam satu akhbar dalam talian. Frasa ini menyalahi hukum D-M. Saya tahu “lain-lain hal” silap dan yang betul ialah “hal-hal lain”. Jikalau “lain-lain NGO” ditukar menjadi “NGO-NGO lain” janggal pula bunyinya. Jikalau ditukar menjadi “NGO lain-lain” mungkin silap. Mohon bantu saya membuat keputusan yang tepat. | Untuk makluman tuan, frasa yang tepat dan mengikut hukum D-M ialah NGO yang lain (Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain). | Makna | 05.03.2009 |
| apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang berperanan mengiktiraf, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial di negara ini dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata MPKS akan bertindak sebagai medium untuk membincangkan cadangan penambahbaikan latihan dan program pembangunan profesional berterusan bukan hanya dalam kalangan penjawat awam, tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam kerja sosial di sektor swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Ini akan membantu melancarkan jaringan kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan yang profesional, perkongsian amalan terbaik dan menyokong profesion menerusi rangkaian badan profesion lain termasuklah pada peringkat antarabangsa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. | Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). | Tatabahasa | 05.05.2024 |
| Assalammualaikum..dan selamat petang Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri ini,saya Noor Azreen Binti Jalaludin bekerja sebagai Guru di sebuah Sekolah Antrabangsa Islamik Greenview.Sukacitanya,sekira pihak DBP memberi peluang kepada murid-murid saya sekiranya terdapat pelbagai bentuk pertandingan untuk Tahap 1 dan Tahap 11 dan juga Menengah sekira mereka layak. Tujuan untuk memberi keyakinan dan pendedahan kepada mereka yang belajar di sekolah swasta atau antarabangsa sekaligus meningkatkan kualiti bahasa melayu mereka di peringkat lebih tinggi. Oleh itu,besar harapan saya sekiranya ada peluang yang diberi kepada sekolah kami. Yang benar, ---------------------- (Cikgu Azreen Haji Jalaludin) TIC-BM Greenview Islamic International School Bukit Jelutong | Salam puan budiman, Penyertaan dalam pertandingan anjuran DBP Dimaklumkan bahawa, Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan menganjurkan Festival Perkampungan Seni 2019 7 November 2019, pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam, bertempat di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya, Pertandingan Bengkel Seni Khat Jawi, Pertandingan Cerdas Istilah, Roda Kata, Dam Bahasa dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi: Encik Dinie Asyraf bin Rodzi melalui talian telefon: 03-2147 9684 atau e-mel asyraf@dbp.gov.my. Bersama-sama ini dilampirkan jadual tentatif pengisian program untuk makluman pihak puan selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2019 |
| Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMAN | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini. | Tatabahasa | 16.02.2015 |
| PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 16.01.2026 |
| mm PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 16.01.2026 |