Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.du.han] | ڤرتودوهن

Definisi : kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.du.han] | ڤرتودوهن

Definisi : kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan se­suatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mah­kamah: Dia mengaku tidak bersalah apabila ~ terhadapnya dibaca di hadapan hakim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertuduhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila didbaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded no guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilaah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam ituUngkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2007

Kembali ke atas