1) Salam, dalam ayat di bawah yang mana satu subjek dan predikat? minta penjelasan. ayat: Alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu tersusun kemas. 2) Dalam ayat yang sama, bolehkah ayat songsang dilakukan dengaan pendepanan kata sendi nama? jawapan: Di dalam bengkel itu alat-alat pertukangan tersusun kemas. minta penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih. | 1. Subjek - Alat-alat pertukangan di dalam bengkel; dan predikat - tersusun kemas. 2. Ayat songsang ialah pendepanan predikat mendahului subjek. Kata sendi nama dalam ayat tersebut hadir dalam subjek, maka ayat songsang yang betul ialah Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel. | Tatabahasa | 15.10.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu maksud "ceta", yang digunakan berkaitan pertukangan. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang perkataan "ceta" dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 05.03.2015 |
1.Bolehkah 'Awan itu menyelubungi gunung yang akan kita daki itu" fokus kepada pengguna kata menyelubungi 2.Terangkan penggunaan imbuhan per pada apa-apa pekerjaan seperti pertukangan | 1.Perkataan menyelubungi boleh digunakan dalam ayat tersebut. 2. Imbuhan apitan per-an ialah apitan kata nama. Apabila menerima kata dasar seperti tukang, akan menjadi pertukangan. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Maksud Pandai Soalan saya ialah: Bolehkah perkataan pandai digunakan dalam kontek kemahiran seseorang dal bidang pertukangan. contohnya pandai kayu | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pandai boleh digunakan untuk merujuk makna ahli. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 02.01.2009 |
Adakah perantis kata asli bahasa melayu atau dipinjam dari bahasa asing? Atau dibentuk khas sebagai padanan bagi istilah apprentice? | Kata perantis bukan dibentuk tetapi merupakan padanan bagi kata bahasa Inggeris apprentice. Perantis atau pelatih ialah seseorang yang dilatih dan diberi pendedahan menguasai sesuatu kemahiran seperti pertukangan. | Istilah | 30.12.2017 |