Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definasi pertukaran dan mengapa pertukaran pentingDalam konteks umum pertukaran merujuk perihal memberi dan menerima gantinya dan antara kebaikan pertukaran dapat memilih sesuatu perkara/barang yang paling sesuai dengan kehendak.Makna17.02.2009
Yang mana satu? a. Program Pertukaran Pelajar atau Program Pertukaran Murid b. setelah merujuk kamus dewan bahasa, 'murid' merujuk murid-murid di sekolah rendah dan menengah sementara itu 'pelajar' pula merujuk yang berada di institusi pengajian tinggi. Pohon penjelasan, terima kasih.,Murid dan pelajar hamper sama maksudnya, iaitu orang yang belajar. Ungkapan "Program Pertukaran Pelajar" telah mantap penggunaannya dan lazimnya program ini membabitkan pelajar daripada peringkat menengah dan ke atas.Tatabahasa04.05.2014
PERTUKARAN PERNUKARAN PENUKARAN CONTOH: SAYA INGIN MEMBUAT ________ ALAMAT ....... (SOALAN: PERKATAAN YANG MANA LEBIH TEPAT DIGUNAKAN)Penukaran alamat.Tatabahasa02.07.2015
Pertukaran Perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu1. Awas 2. Jangan Berhenti di Di Muka Pintu 3. Pintu Gelangsar AutomatikIstilah07.05.2014
Pertukaran bilik, Blok C, Bilik 13 Ke Blok D, Bilik 10.Dari Bilik 13, Blok C ke Bilik 10, Blok D.Istilah25.05.2011
Apa bezanya antara "Pertukaran" dengan "Penukaran"?Pertukaran ialah perihal bertukar (mempertukarkan), atau disebut juga pergantian, manakala penukaran ialah perihal menukarkan atau pemindahan.Makna24.10.2014
pertukaran atau penukaran ?Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, per­gantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.Makna03.02.2010
Salam DBP, "Klik di sini untuk penukaran akaun" atau "Klik di sini untuk pertukaran akaun" Penukaran atau pertukaran?Frasa yang betul ialah "Klik di sini untuk penukaran akaun".Tatabahasa15.07.2015
Assamualaikum, Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kami akan menukar nama syarikat sejajar dengan pertukaran pengurusan. Dengan itu kami akan menukar nama Syarikat kepada Zenig Auto Sdn. Bhd. Kami telah merujuk kepada Majlis Daerah Hulu Selangor untuk pertukaran nama dan juga pertukaran logo syarikat. Bagaimanapun kami perlu mendapatkan kelulusan oleh DBP terlebih dahulu ujarnya. Oleh yang demikian dilampirkan bersama adalah logo syarikat kami untuk perhatian dan kelulusan pihak DBP. Sekian, Terima Kasih. Suriyana Binti Ikhwan 03-6028 1712.

Untuk makluman tuan, DBP tidak membuat sebarang pengesahan logo tetapi memberi perkhidmatan pengesahan bahasa Melayu pada visual papan tanda iklan. 


Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Lain-lain23.09.2019
Ahmad Aiman Nordin Jun 20th, 11:22am Salam...mohon penjelasan bagi ayat di bawah.. 1.berjaya mendapat pertukaran ke 2.berjaya mendapat tukar kePada pandangan kami pertukaran berlaku dengan adanya arahan atau permohonan pertukaran yang diluluskan oleh pihak pengurusan. Sehubungan dengan itu, frasa yang lebih tepat ialah "diarahkan bertukar" atau "permohonan pertukaran diluluskan".Tatabahasa22.06.2015
123456789

Kembali ke atas