Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukkan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan pertunjukkan. Adakah ejaannya hanya perlu satu huruf k atau dua huruf k? Mohon penjelasan. Terima kasih | Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Ejaannya hanya satu huruf k sahaja. Perkataan pertunjukan terhasil daripada imbuhan apitan per-...-an iaitu PER+TUNJUK+AN. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
Bagaimana dan bilakah sesuai menggunakan perkataan "pertunjukkan" atau "pertunjukan" ? terima kasih, ini ialah untuk membantu murid dalam darjah dua, SJKC. | Kata terbitan yang betul ialah pertunjukkan (kata nama) dan tunjukkan (kata kerja). Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut boleh dilihat kepada penggunaannya di dalam ayat, contohnya: Pertunjukan kebudayaan daripada negara Uzbekistan akan diadakan di Istana Budaya pada minggu hadapan dan Tunjukkan kepada kami arah ke pusat bandar. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu untuk "tabarruj"? | Tabarruj ialah perkataan bahasa Arab, secara literalnya bermaksud berhias. Apabila dikaitkan dengan hukum Islam, tabarruj diperluaskan maknanya kepada pertunjukkan keindahan yang dilakukan oleh kaum wanita yang mana pertunjukkan itu dapat menarik perhatian kaum lelaki dari aspek syahwat. Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam hal hukum Islam atau untuk maklumat awal bolehlah merujuk buku agama yang membahaskan tajuk yang tersebut. | Makna | 17.05.2013 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. | Berikut ayat yang betul setelah dipinda; 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Hello cikgu, minta tanya beberapa rangkai kata berikut sama ada gramatis atau salah; 1. kelawar-kelawar = adakah perkataan ini wujud? dan betul menunjukkan kelawar yang banyak? 2. stesen-stesen minyak = adakah penggunaannya wujud? 3. sektradsisi = adakah perkataan ini wujud? 4. apakah perbezaaannya "pertunjukkan budaya" dan "persembahan budaya", manakah penggunaan yang sesuai? sekian terima kasih! | 1. Perkataan kelawar boleh dijamakkan untuk menunjukkan banyak kelawar, begitu juga dengan perkataan stesen-stesen minyak - menunjukkan banyak stesen minyak. 3. Kata sektradsisi tidak ada dalam sumber rujukan kami. 4. Pertunjukan budaya dan persembahan budaya, sama makna kedua-duanya. | Tatabahasa | 26.07.2010 |