Apakah asas bahasa, pertuturan atau tulisa? Soalan ini berkait rapat dengan Bahasa Melayu yang dahulunya teras agama iaitu Islam begitu kukuh hinggakan pertuturan dan penulisan menggunakan fonetik 'arab sama ada dalam penulisan jawai mahupun rumi. Sekarang yang mana satu menjadi teras, teras Islam atau sebaliknya kerana penulisan atapun pertuturan menjadi masalah jika menulisa atau membaca jawi ataupun rumi. | Untuk makluman tuan maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun kami akan menjawab soalan tersebut dengan sumber yang ada. (Harap maaf jika jawapan ini tidak menjawab secara persis soalan saudara). Dalam perancangan bahasa, aspek Bahasa Melayu Baku memberikan tumpuan kepada pembinaan bahasa yang lengkap dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutan dan intonasinya. Merujuk kepada huraian tersebut, tulisan dan lisan kedua-duanya seiring dalam pembinaan bahasa Melayu baku. Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata, malah tatabahasa, ejaan dan laras yang digunakan haruslah baku, yakni standard. Dalam rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi terdapat beberapa sistem ejaan yang pernah wujud. Berkemungkinan dalam proses tersebut terdapat sistem ejaan yang mempunyai pengaruh Islam/bahasa Arab. Kini, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disempurnakan pada tahun 1972 dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.03.2013 |
1.perwatakan watak dalam novel dapat kita gambarkan melalui perbuatan dan penuturan watak tersebut. (munsyi, adakah penuturan atau pertuturan sesuai digunakan? TK) | Perkataan yang sesuai ialah pertuturan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
apa itu keutuhan wacana? | Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. | Makna | 27.02.2007 |
apakah definisi retorik | retorik membawa maksud, 1.kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar/ seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar. | Istilah | 09.02.2011 |
Adakah "macam mana" boleh dipakai dalam pertuturan menggantikan "bagaimana" .adakah salah penggunaannya "macam mana". Terima kasih | Frasa "macam mana" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam situasi rasmi kata tanya "bagaimana" yang digunakan. | Tatabahasa | 27.10.2013 |
apakah gantinama kedua yang sesuai digunakan dalam pertuturan antara Hang Jebat dan Hang Tuah? tq | Untuk makluman tuan, Dalam bahasa Melayu kata ganti nama diri kedua: kamu, awak, anda. | Tatabahasa | 12.05.2009 |
Saya agak keliru kenapa tidak boleh digunakan perkataan 'mengenai dengan' dalam pertuturan terutama dalam ucapan. Apakah alasan yang jelas tentang perkara ini? apakah perkataan yang sepatutnya digunakan bagi menggantikan perkataan 'mengenai dengan' ? sekian. terima kasih | Saudara, Frasa 'mengenai dengan' tidak digunakan kerana menyalahi hukum tatabahasa kata kerja transitif, iaitu kata kerja transitif tidak diikuti kata sendi tetapi diikuti dengan objek. Oleh yang demikian frasa yang betul ialah mengenai perkara tersebut' atau 'tentang perkara tersebut'. | Tatabahasa | 16.03.2010 |
Apakah kedudukan Bahasa Melayu dalam pemeringkatan (ranking) dunia dari segi bahasa pertuturan? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Bahasa Melayu mengikut kajian terkini berada pada tempat keempat. Terima kasih | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Saya sudah merujuk Tatabahasa Dewan dan dicatat bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu? " adalah bahasa pertuturan dan sepatutnya ayat tersebut ditulis "Siapakah nama kamu? ". Namun saya dapati dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, ayat " Siapa nama kamu?" adalah betul. Ketiga-tiga buah buku diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka . Saya perlu ikut buku mana? | Dalam rumus tatabahasa kita mesti mengambil panduan yang ditetapkan oleh buku Tatabahasa Dewan. Dalam Tatabahasa Dewan jelas menunjukkan bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu?" merupakan bentuk lisan, bentuk yang gramatis dan digunakan dalam tulisan ialah "Siapakah nama kamu?". | Tatabahasa | 11.12.2012 |
definisi retorik | Retorik bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan. | Makna | 06.02.2009 |