Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.ba.han]/[per.u.ba.han] | ڤروبهن

Definisi : perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.ba.han]/[per.u.ba.han] | ڤروبهن

Definisi : perihal berubah; ® ubah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.ba.han]/[per.u.ba.han] | ڤروبهن

Definisi : hal berubah; pertukaran; peralihan: Sejak negara kita merdeka, banyak ~ yg berlaku dlm berbagai-bagai bidang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Tahu di angin berkisar.

Bermaksud :

Tahu akan perubahan hati seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sejarah perkembangan tulisan rumi dari awal hingga kini dan perubahan-perubahan yang berlaku.Sejarah perkembangan tulisan Jawi termasuklah peristiwa perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967, Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan pengunaannya pada 16 Ogos 1972 dan seterusnya boleh diperoleh melalui pembacaan/kajian buku seperti Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia, DBP; Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, DBP; Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, DBP. Sila rujuk buku-buku berkenaan atau makalah yang berkaitan.Lain-lain18.08.2009
Salam, Saya ada soalan. Untuk perkataan "change-maker", apakah perkataan/istilah dalam Bahasa Melayu yang paling bersesuaian?Kami mencadangkan change-maker diterjemahkan kepada perintis perubahan, pelaksana perubahan atau pencetus perubahan bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2016
salam sejahtera Saya ingin mengetahui makna lestari secara mendalam.......dari sudut tajuk tugasan saya ini...................Pengurusan perubahan ke arah melestarikan amalan perubahan...................sikap untuk kelestarian perubahan.......adakan ianya bermaksud.....sikap untuk mengekalkan perubahan yg berlaku? Saya benar-benar berharap penerangan daripada pihak tuan..........Terima kasihMenurut KAmus Dewan, lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan tugasan ini, saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP). Pelbagai maklumat boleh diperoleh khususnya daripada bahan-bahan terbitan DBP.Lain-lain16.09.2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada 2 soalan: 1. Ayat yang manakah betul, "Buku yang ada di tangan anda..." atau "Buku yang berada pada tangan anda..." 2. Yang manakah yang betul, "ejen perubahan" atau "agen perubahan" (ayat: Guru agen perubahan masyarakat...) terima kasih1. "Buku yang berada pada tangan anda ..."
2. Kata ejen bermaksud wakil atau orang yang diupah untuk melakukan sesuatu. Agen pula bermaksud sesuatu yang berperanan secara aktif untuk menghasilkan perubahan dan agen juga bermaksud tindak balas kimia. Berdasarkan kontesk ayat yang diberikan, kata yang betul ialah "agen perubahan".
Tatabahasa20.05.2024
"Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat." Bagaimana boleh saya dapatkan senarai untuk semua penambahan-penambahan dan perubahan-perubahan tersebut?Sila buat surat rasmi kepada Bahagian Perkamusan untuk urusan tersebut.Lain-lain09.02.2018
Manakah frasa yang betul 'takut akan perubahan' atau 'takut pada perubahan'?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa07.11.2014
ssalamualaikum dan salam sejahtera. Yang manakah ayat yang betul? (1) Guru berperanan sebagai agen perubahan. (2) Guru berperanan sebagai ejen perubahan. Terima kasih

Ayat yang betul ialah “Guru berperanan sebagai ejen perubahan.” Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 560, ejen perubahan bermaksud seseorang atau sesuatu yang membawa perubahan dalam aspek pemikiran, pegangan, kemajuan dan lain-lain kepada seseorang atau sesuatu tempat.

Tatabahasa23.12.2024
Apakah maksud 'melestarikan amalan perubahan' di bawah tajuk Pengurusan Perubahan(Change Management)?maksud bagi "melestarikan amalan perubahan" dalam konteks bahasa ialah menjadikan budaya berubah sebagai amalan yang berterusan. Harap maklum.Makna17.09.2007
Tuan, Frasa mana yang betul? a) apa-apa perubahan kemudiannya yang lain atau b) apa-apa perubahan lain kemudiannya. Terima kasihFrasa yang boleh digunakan ialah "apa-apa perubahan yang lain".Tatabahasa23.12.2013
Saya nak tahu penggunaan kata pada dan kepada. Contohnya: 1) Perubahan pada Halaman Blog anda menyebabkan kekeliruan. 2) Perubahan kepada Halaman Blog anda menyebabkan kekeliruan.Ayat yang betul ialah Perubahan pada halaman blog anda menyebabkan kekeliruan. Lain-lain20.01.2021
12345678910...

Kembali ke atas