| bilakah penggunaan yang sesuai bagi 'dia' dan 'nya'? | Encik Ahmad Sabri, Soalan yang ditanyakan agak kurang jelas. Namun penggunaan dia dan nya dapat dibezakan penggunaan nya melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama)kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. | Tatabahasa | 04.10.2010 |
| merujuk soalan 6. dia dan nya adalah ganti nama diri ketiga tunggal. bilakah sesuai menggunakan nya dan dia? | Penggunaan dia dan nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
| Selamat sejahtera.Terdapat beberapa persoalan yang ingin saya tanya kepada pihak tuan/puan.Adakah perkataan "ianya" tidak digunakan lagi? Saya mendapati terdapat perubahan tertentu dalam penggunaan bahasa.Bagaimana atau di mana boleh saya rujuk untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perubahan penggunaan bahasa atau perubahan kata? | Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut berkaitan bahasa tuan boleh rujuk Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 08.02.2010 |
| Adakah slogan ini betul dari sudut maksud nya itu sendiri. Tranformasi bervisi peneraju altruistik mahasiswa | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud perkataan pada slogan di atas adalah seperti yang berikut: 1. transformasi - perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya 2. visi - pandangan jauh, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara; wawasan 3. peneraju - orang atau pihak yang menerajui 4. altruistik - suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri 5. mahasiswa - pelajar atau penuntut di universiti Slogan ini perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. | Makna | 26.01.2023 |
| Salam sejahtera. Mohon jelaskan soalan-soalan yang dilampirkan. Terima kasih:) | LAMPIRAN: Dewan Bahasa dan Pustaka.docx Salam sejahtera 1) Penggunaan dia dan -nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. Berdasarkan penerangan di atas, adakah”-nya” bermaksud “dia punya”? Sekiranya benar, adakah penggunaan “-nya” dalam ayat di bawah betul? 1 1. Saya memberikan hadiah itu kepadanya. 2. Dia telah membeli beberapa buah buku yang disukainya. 3. Katanya, masalah ini harus diselesaikan dengan segera. 2 2) Adakah kenyataan berikut betul? Kata hubung seperti jika, kalau, jikalau dan sekiranya mempunyai maksud dan penggunaan yang sama dan digunakan untuk menunjukkan syarat yang harus dipenuhi untuk mencapai atau melakukan sesuatu perkara. Kata hubung seperti andai kata dan seandainya pula digunakan untuk menerangkan peristiwa yang dianggap mungkin terjadi. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, semua penggunaan kata “-nya” yang hadir dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, bukan merujuk maksud kepunyaan individu. Bagi penggunaan kata hubung “jika”, “kalau”, “jikalau”, “andai kata” dan “seandainya” yang hadir dalam ayat boleh berfungsi untuk menyatakan syarat, harapan, andaian, menyatakan kemungkinan sesuatu akan berlaku dan sebagainya berdasarkan konteks pengunaannya dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 253 – 254 dan Kamus Dewan Perdana, halaman: 93-94 dan 903. | Tatabahasa | 12.11.2024 |
| Salam sejahtera. Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan tajuk program Pelibatan Ibu Bapa dan Sekolah. Adakah maksud atau penggunaan nya berbeza dengan Penglibatan Ibu Bapa dan Sekolah? | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”. | Tatabahasa | 19.02.2014 |
| Raja Muhamad Taufiq 30 JANUARY 22:52 Assalamu'alaikum. Saya nak bagi cadangan, ada Bahasa Melayu (Bukan Bahasa Malaysia/Kebangsaan) yang segelintir kecil orang di Malaysia yang masih menggunakan bahasa Melayu lama. Antara ayat2 nya. - Apa dihempap? - Batuk tersembo. - Loyong. - Hantu pemburu. Dan banyak lagi. Boleh tak wujudkan Kamus Bahasa Melayu..bukan kamus Bahasa Malaysia. Pure Malay Language. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Selepas Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 tiada lagi perubahan yang berlaku pada sistem ejaan. Apa yang berlaku mungkin kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang belum mengetahui tentang perubahan tersebut dan masih terikut-ikut dengan sistem ejaan lama. DBP menerbitkan Kamus berbahasa Melayu dan dinamakan Kamus Dewan. | Lain-lain | 30.01.2017 |