| Yang Berbahagia Tuan/Puan, Saya ingin memohon jasa baik pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat serta rujukan berkaitan perumpamaan Bahasa Melayu, khususnya yang merangkumi definisi, senarai perumpamaan, maksud serta contoh penggunaannya dalam ayat. Maklumat ini akan digunakan bagi tujuan penyelidikan peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Visual Communication and New Media, yang memfokuskan kepada penggunaan elemen bahasa dan kiasan dalam medium visual dan digital. Saya berharap agar maklumat yang diperoleh dapat membantu saya memastikan penggunaan perumpamaan yang tepat, sahih serta selaras dengan piawaian bahasa yang ditetapkan oleh pihak DBP. Sekiranya terdapat: - Senarai rasmi perumpamaan, - Bahan rujukan digital atau bercetak, - Laman web, buku, atau modul yang boleh dirujuk, Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat memaklumkan kepada saya. Segala bantuan dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, Ku Amiry Zuhair | 1. Salam tuan yang budiman, Terima kasih atas kesudian tuan menghubungi kami. Bagi permohonan ini, surat rasmi bolehlah di-e-melkan atau dihantar kepada: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Maklumat PA: Puan Noorazlina binti Sakri No. Telefon: 03-21479011 E-mel: dina@dbp.gov.my (PA) | Lain-lain | 29.12.2025 |
| Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan? | Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran).1"> Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.) | Sastera | 22.06.2018 |
| Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih | "Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya. 1"> | | Lain-lain | 16.08.2017 |
| Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribadi, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih | | "Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya. 1"> | | Lain-lain | 16.08.2017 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah peribahasa atau perumpamaan yang sesuai untuk memperlihatkan kepentingan nilai-nilai berikut: 1) integriti 2) hormat menghormati 3) ketelusan Terima kasih. | Untuk makluman puan, peribahasa disusun mengikut abjad, bukan mengikut makna. Oleh itu, untuk melihat makna yang sesuai dengan konteks penggunaan, puan perlu menyemak satu demi satu peribahasa. Carian melalui kata kunci juga tidak banyak membantu apatah lagi perkataan yang digunakan ialah kata baharu, seperti integriti. | Tatabahasa | 02.02.2017 |
| 1) Apakah kata ganti nama diri yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?kamu atau kalian? "Saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ______________ akan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," kata Cikgu Mohamad kepada pelajar-pelajarnya. 2) Apakah perumpamaan yang sesuai bagi pernyataan di bawah? Seperti cincin dengan permata atau seperti isi dengan kuku? Pasangan suami isteri iaitu Cikgu Hamdi dan Ustazah Zarifah boleh dianggap sebagai pasangan yang sangat secocok kerana semenjak mendirikan rumah tangga sepuluh tahun yang lalu, mereka hidup rukun damai dan tidah berselisih faham. | 1. Kalian lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan yang bermaksud kamu. Oleh itu, kata ganti nama yang baku ialah kamu. 2. Peribahasa yang sesuai ialah seperti cincin dengan permata. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
| 1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAHASA BERIRAMA (salah satu puisi tradisional kita). 2. Bagaimanakah puisi tradisional ini didendangkan? 3. Semasa BAHASA BERIRAMA didendangkan apakah alat muzik yang sesuai digunakan? 4. Sertakan bersama contoh BAHASA BERIRAMA sekiranya ada? maz's Terima kasih | 1. Bahasa beirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita-cerita rakyat seperti cerita lipur lara atau cerita-cerita Kaba di Minangkabau. Bahasa berirama mengandung irama teratur dan kuat. dalam ungkapan ini irama sangat dipentingkan, diciptakan melalui susunan baris yang pendek. Lukisannya dulang-ulang dengan berbagai-bagai perumpamaan yang mengandung pengertian yang sama. 2. Sila dapatkan CD Roslan Madun, iaitu salah seorang aktivis dan penyanyi lagu rakyat. 3. Lazimnya alat muzik yang asas digunakan ialah gendang. 4. Sila rujuk buku Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman. | Lain-lain | 08.05.2008 |
| Selamat pagi. 1. Peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi' dengan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'Melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'. Yang mana satukah peribahasa yang paling betul. Terima kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
| Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih | Puan Khadijah, Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa. Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya. | Makna | 22.05.2010 |
| retorik gaya bahasa perbandingan dan perulangan | Gaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu. | Lain-lain | 03.10.2006 |