Petronas ________singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. A. ialah B. adalah C. merupakan Mohon jawapan dan penjelasan bagi jawapan yang betul, dan fungsi perkataan 'merupakan' dalam ayat.Terima kasih. | Petronas ialah singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama "singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional". | Tatabahasa | 30.05.2013 |
kata kerja transitif memajukan lagi perusahaan itu. Betul atau salah | Frasa "memajukan lagi perusahaan itu", betul. | Tatabahasa | 20.04.2015 |
Will need assistance on translating the term "Retail and Enterprise Distribution" into BM. May i suggest for it to be translated to "Pengedaran Pengguna dan Perusahaan" or "Pengedaran Solusi Kewangan Pengguna dan Perusahaan". It essentially is a centre that provides consumers with retail consumer and SME products/ services. | Terjemahan yang dicadangkan ialah Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana | Penyemakan dan penterjemahan | 06.01.2017 |
Contoh ayat sebelum dan selepas yang diminta berkaitan terjemhaan tepat untuk "free market entry". Saya terjumpa terjemahan ini ketika mencari di internet (bahan berkaitan istilah ekonomi) "Jika perusahaan anda mempunyai kedudukan dominan dalam suatu pasaran, anda perlu mmemastikan perusahaan anda tidak menggunakan kedudukan yang kukuh dalam pasaran itu untuk merosakkan persaingan. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain akan diambil kira dalam menilai dominans termasuk faktor sama ada terdapat kebebasan keluar masuk pasaran". | Pada pandangan kami, terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan free market entry ialah kemasukan ke pasaran bebas. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |
Penggunaan istilah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Industri Kecil dan Sederhana.Istilah betul bagi terjemahan kepada 'SME' | Istilah yang digunakan selama ini ialah industri kecil dan sederhana.Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami dimakluman bahawa sekarang ada dua istilah yang berbeza, iaitu small medium industry (SMI) dan small medium enterprise (SME). Oleh itu, kami mencadangkan industri kecil dan sederhana digunakan untuk small medium industry (SMI) dan perusahaan kecil dan sederhana digunakan untuk small medium enterprise (SME). | Istilah | 06.04.2011 |
Apakah maksud/definisi social enterprise? Rujuk kamus maksudnya usaha sosial. Apakah takrifan tersebut sesuai? atau adakah ia lebih sesuai dikatakan usahawan sosial dan apakah definisi/takrifan usahawan sosial? | Social enterprise boleh diberikan padanan perniagaan sosial; perusahaan sosial atau syarikat sosial, manakala social enterpreneur pula ialah usahawan sosial. Melalui carian kami di internet, perniagaan sosial/perusahaan sosial/ perusahaan sosial ialah perniagaan yang dimiliki oleh NGO yang kebiasaannya terlibat secara langsung dalam pengeluaran atau menjual produk dan perkhidmatan untuk tujuan menjana pendapatan dan mencapai matlamat sosial, budaya dan /atau alam sekitar. | Makna | 26.01.2015 |
Terjemahan yang dicadangkan ialah oleh DBP untuk "Retail and Enterprise Distribution" ialah "Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana". Saya ingin mendapatkan kepastian atas penterjemahan kata 'retail'. "Retail' yang dimaksudkan, merujuk kepada "consumer retail". Saya telah menjumpai beberapa laman sesawang yang menggunakan "perbankan pengguna" untuk "retail banking". Antara contoh, Wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/CIMB) dan Allianz Bank (http://www.affinbank.com.my/Consumer-Banking.aspx?lang=ms-MY)? Adakah tepat jika "Retail and Enterprise Distribution' diterjemahkan ke "Pusat Pengedaran Produk Kewangan Pengguna dan Perniagaan"? Pusat ini tidak setakat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ia juga mengedar produk konsumer Kepastian dan maklumbalas amat dihargai. | Terjemahan yang diberikan ialah cadangan sahaja. Sekiranya tidak tepat, puan boleh mengubahnya mengikut konsep dan konteks penggunaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2017 |
MANUFACTURING OF ENGINEERED SEALING SOLUTIONS - PERUSAHAAN KEJURUTERAAN ........ MINTA TOLONG TERJEMAHKAN MAKSUD SEALING SOLUTIONS. Terjemahan yang saya perolehi adalah pengedap tetapi ianya tidak menepati maksud perniagaan yang kami jalankan. Dibawah adalah penjelasan apa itu sealing solutions. Kilang ini menjalankan aktiviti mengilang produk Rubber Seal, Rubber Packer, Injectable Seal Compound/Sticks, Tooling and Machining Parts | Kami sarankan tuan/puan ajukan soalan ini terus ke Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat terjemahan secara literal bagi perkataan "sealing" ialah "Pengedap, Penyelakan, Pemateri dan Adangan". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.10.2014 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "usaha sama" dengan "kerjasama"? Terima kasih | Usaha sama membawa maksud perusahaan (kegiatan, peng-hasilan, perniagaan, dll) yg diusahakan ber-sama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dll) sbg suatu perkongsian. Manakala, kerjasama membawa maksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama. kerjasama merupakan kata nama bagi padanan bahasa Inggeris "collaboration". Manakala, usaha sama kata adjektif bagi padanan "collaborative"
| Makna | 29.04.2015 |
Saya ingin meminta pendapat Tuan/Puan mengenai penggunaan bahasa dalam membuat papan tanda iklan untuk perusahaan kami dalam bidang automotif. bolehkan saya menggunakan bahasa pada papan tanda iklan saya seperti berikut : PUSAT SERVIS, MENJUAL ALAT-ALAT GANTI DAN KENDERAAN BERMOTOR. Jika ada cadanagn lain, sila nyatakan kepada saya. | Iklan yang dinyatakan terlalu panjang. Kami mencadangkan PUSAT SERVIS DAN ALAT GANTI KENDERAAN. | Tatabahasa | 25.02.2013 |