Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini! | 1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih. | Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ? | kembungI- 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;
gembungI- = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 06.12.2009 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
1. artikel yang kamu cari ada pada muka surat 15. adakah penggunaan kata pada itu sesuai/betul digunakan dalam ayat tersebut? 2. setibanya di rumah, emi terasa/berasa sakit perut. perkataan manakah yang sesuai digunakan, terasa atau berasa?apakah perbezaan terasa dan berasa? 3. ayah emi membawanya ke hospital/ ayahnya membawa emi ke hospital/ ayah emi membawan emi ke hospital. betul atau tidak ketiga-tiga ayat di atas? | Dalam proses | Istilah | 19.07.2010 |
Adakah frasa di bawah lewah atau mantap ? Ada pandangan daripada sarjana bahasa menyatakan bahawa frasa di bawah tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu. 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki 5. senak perut 6. pening kepala | Frasa yang berikut tidak gramatis, iaitu: 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki; manakala frasa senak perut dan pening kepala telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam. | Makna | 26.12.2006 |
apakah yang dimaksudkan dengan gubir? | Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir. | Makna | 21.02.2013 |
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. | Makna | 06.03.2008 |
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang? | Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut: 1. Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput. atau: Abang mengambil upah memotong rumput pada setiap petang. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani yang miskin di negara ini. (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.) 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya. (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas. Misalnya, bunga yang telah kembang itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ). | Tatabahasa | 09.04.2009 |