Tuan, yang manakah betul? "Apakah pesanan anda di bulan mulia ini?" "Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?" | Ayat yang betul ialah Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?" | Tatabahasa | 26.04.2012 |
1.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan dari para pelanggan. 2.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. mana satu ayat yang betul? | Ayat kedua yang betul, seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan... | Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
| Tatabahasa | 01.04.2013 |
Saya nak tahu apa penterjemahan untuk perkataan "SMS Banking" dalam bahasa malaysia ? Bolehkah saya gunakan "Perbankan Sistem Pesanan Ringkas" atau "Perbankan Khidmat Pesanan Ringkas" ? | Padanan yang sesuai ialah perbankan khidmat pesanan ringkas. | Istilah | 16.07.2008 |
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan Tunku | Wasiat Tunku Pesanan Terakhir Tunku | Tatabahasa | 12.11.2008 |
Saya ingin tanya tentang bahasa sistem pesanan ringkas(sms) yg boleh digunakan mengikut DBP. | Saudaraboleh membuat rujukan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahasa Melayu di laman web ini http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf. | Lain-lain | 01.08.2009 |
sila nyatakan bagaimana untuk saya mendapatkan bibliogafi penulis berkaitan dengan penggunaan khidmat pesanan ringkas | Soalan saudara tidak jelas, jika buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu, terbitan tidak ada penulis individu, buku tersebut diusahakan penerbitannya oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP. | Lain-lain | 23.06.2010 |
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya. | Y.Bhg. Datuk, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih. | Istilah | 18.09.2009 |
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 | Lain-lain | 23.07.2007 |
apa itu bahasa sms dan apakah cabaran terhadap bahasa melayu? | Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS) merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur capmuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP sedang mengusahakan buku Panduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi. | Makna | 30.03.2008 |